Sila log masuk terlebih dahulu.

Gerakan pemutihan IPTA besar-besaran?

01 Februari 2023 07:30am | Masa membaca: 4 minit
Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa nama besar yang menjawat jawatan tinggi di dua buah universiti awam tahun ini telah ditamatkan atau dipendekkan tempoh perkhidmatan mereka, sekali gus memberi gambaran bahawa institusi pendidikan tinggi negara sedang berdepan dengan gerakan pemutihan secara besar-besaran.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) misalnya, Lembaga Pengarah UiTM digantung daripada bersidang selepas Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah menerima surat tamat tempoh perkhidmatan berkuat kuasa 11 Februari depan.

Bekas Naib Canselor UiTM itu sepatutnya memegang jawatan tersebut selama tiga tahun sehingga Januari 2024, namun menerima notis penamatan perkhidmatan pada 10 Januari lalu dan diberi masa selama 30 hari untuk mengosongkan pejabat.

Selain Ibrahim Shah, dua lagi anggota lembaga yang ditamatkan perkhidmatan ialah Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkuat kuasa pada 1 Februari.

Seorang lagi yang ditamatkan perkhidmatan adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu, Datin Norashekin Yusof.

Dalam pada itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan, penamatan perkhidmatan itu adalah selari dengan keputusan kabinet pada Disember tahun lalu yang mengarahkan supaya lantikan politik ditamatkan termasuk dalam sektor syarikat milik kerajaan (GLC).

Tegas Mohamed Khaled, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengenal pasti lantikan politik lain melibatkan semua IPTA.

“Penamatan perkhidmatan mereka adalah selari dengan keputusan kabinet supaya lantikan politik dihentikan.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Proses yang sama juga akan melibatkan semua IPTA lain tidak hanya UiTM sahaja,” katanya kepada Sinar Premium.

Sementara itu, Irmohizam bagaimanapun menjelaskan tidak mengetahui punca perkhidmatannya ditamatkan selepas beliau memegang jawatan itu sejak Julai 2020.

“Saya tidak pasti. Ini kerana saya tidak ada sebarang jawatan politik. Saya hanya Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur.

“Saya rasa (penamatan perkhidmatan) melibatkan pekeliling Ketua Setiausaha Negara (KSN),” katanya.

Selain UiTM, pada penghujung Disember tahun lalu, tempoh perkhidmatan Profesor Dr Haim Hilman Abdullah sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang kesembilan dipendekkan, berkuat kuasa 18 Januari lalu.

KPT dalam kenyataan memaklumkan kementerian itu amat menghargai khidmat Hail Hilman, 49, sepanjang menggalas tanggungjawab sejak dilantik mengemudi UUM pada 17 Januari tahun lalu.

Sebelum dilantik ke jawatan itu, beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan daripada University of Portsmouth, United Kingdom, pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di universiti berkenaan.

Beliau turut memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan Strategik daripada Universiti Putra Malaysia pada 2010.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Dari anak tani, Ab Rauf kini dijulang Ketua Menteri
  2. Perkara penting untuk pendidikan
  3. Kekang ketagihan telefon pintar
  4. Dilema Melayu atau dilema Tun M kekal relevan?
  5. Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu