Sila log masuk terlebih dahulu.

Putra dakwa nafsu politik punca 'anak' tinggalkan 'bapa'

12 Februari 2023 07:50am | Masa membaca: 4 minit
Putra tetap mendoakan Pejuang dapat diterima menyertai koalisi PH meskipun parti itu meninggalkan GTA bulan lalu. Gambar kecil: Ibrahim
Putra tetap mendoakan Pejuang dapat diterima menyertai koalisi PH meskipun parti itu meninggalkan GTA bulan lalu. Gambar kecil: Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mendakwa nafsu politik untuk mendapat kuasa dalam kerajaan menjadi punca Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir membawa parti itu keluar daripada Gerakan Tanah Air (GTA) lalu meninggalkan perjuangan politik bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, keputusan Mukhriz dan majoriti majlis pimpinan Pejuang keluar GTA atas alasan mereka kalah teruk pada PRU15 sebenarnya membuktikan mereka tidak teguh berpegang niat menyatupadukan umat Melayu Islam di negara ini.

Ujarnya, nafsu politik untuk mendapat kuasa dan takut ‘mati kehausan’ juga menyebabkan Mukhriz sanggup meninggalkan bapanya sendiri dengan mereka dikhabarkan sedang memohon menyertai koalisi Pakatan Harapan (PH).

“Mereka ini ingat bila masuk bertanding pilihan raya akan terus menang dan dapat tubuhkan kerajaan. Mereka rasa semua akan dapat jawatan. Rupa-rupanya inilah nafsu yang tersimpan di lubuk hati mereka dan tidak teguh berpegang kepada niat menyatupadukan umat Melayu di negara ini.

“Takut kerana kebuluran dan mati kehausan, mereka terus tinggalkan jemaah termasuk anak meninggalkan bapa walaupun dunia mengenali siapa Dr Mahathir yang sebenarnya.

“Mengikut khabar berita, mereka yang bawa keluar Pejuang daripada GTA sebab mahu memohon menyertai PH. Mukhriz adalah ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) dari Kedah, atas alasan apa mahu sertai PH?” katanya kepada Sinar Premium pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Dr Mahathir yang juga Pengerusi GTA bertindak keluar Pejuang bersama 12 pemimpin parti berkenaan pada Jumaat.

Di sebalik keputusan mengejutkan Pejuang untuk menyertai PH, Ibrahim tetap mendoakan semoga koalisi menguasai Kerajaan Perpaduan itu dapat menerima Pejuang sebagai salah satu anggota parti komponennya.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Tapi janganlah layan (Pejuang) macam anak tiri sama seperti Muda (Ikatan Demokratik Muda). Walaupun jadi sebahagian parti dalam kerajaan baharu, adakalanya (Muda) bercakap sendiri.

“Pejuang juga jangan sampai jadi ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran’ bila bersama PH kelak. Tidak berbaloi maruah tergadai tetapi apa pun tidak dapat,” tegasnya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Guna logo bulan tingkat gelombang hijau di Kelantan, Terengganu
  2. Nilai akademik pengalaman kerja
  3. Waktu membangun negara
  4. Mengawasi GLC jadi keutamaan
  5. Politik berasaskan sentimen