Sila log masuk terlebih dahulu.

Wujudkan Wakaf Madani, Jawatankuasa Nasional Tanah Wakaf

24 Februari 2023 07:18pm | Masa membaca: 4 minit
Kaedah berwakaf merupakan salah satu mekanisma pengagihan semula kekayaan yang menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.
Kaedah berwakaf merupakan salah satu mekanisma pengagihan semula kekayaan yang menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan mewujudkan inisiatif baharu dengan memperkenalkan Wakaf Madani serta menubuhkan Nasional Tanah Wakaf bertujuan untuk menyumbang 20 peratus pengembangan sektor kewangan sosial Islam menjelang 2030.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sesuai dengan kerangka Malaysia Madani, kaedah berwakaf merupakan salah satu mekanisma pengagihan semula kekayaan yang menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.

“Sukacita dimaklumkan, kerajaan telah menerima komitmen swasta untuk mewujudkan Wakaf Madani dengan aset-aset bernilai lebih RM1 bilion yang terdiri daripada tanah, masjid, bangunan, kemudahan kesihatan dan pendidikan yang akan dioptimumkan bagi manfaat golongan berpendapatan rendah.

“Kerajaan juga akan menubuhkan Jawatankuasa Nasional Tanah Wakaf dengan objektif wakaf menyumbang 20 peratus pengembangan sektor kewangan sosial Islam menjelang 2030.

"Bagi memastikan objektif keseriusan kerajaan tercapai, saya sendiri akan mempengerusikan Jawatankuasa Nasional ini,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2023: Malaysia Madani di Parlimen pada Jumaat.

Tambah beliau, Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti juga akan terus memberi penekanan untuk meningkatkan penyediaan pembiayaan Islam berteraskan ekuiti dengan konsep perkongsian risiko seperti Mudarabah dan Musyarakah.

ANWAR
ANWAR

Anwar yang juga merupakan Perdana Menteri itu berkata, aset simpanan syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diasingkan sepenuhnya daripada aset patuh syariah bermula tahun hadapan.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Berhubung simpanan syariah KWSP yang telah diperkenalkan sejak tahun 2017, aset simpanan syariah dilaburkan bersama aset patuh syariah dalam simpanan konvensional.

“Bermula tahun 2024, aset simpanan syariah ini akan diasingkan sepenuhnya bagi memberi pulangan yang kompetitif kepada 1.25 juta ahli yang memiliki akaun Syariah," tegasnya.

Setakat ini, hanya 12 peratus tanah wakaf berdaftar di Malaysia yang berjaya dibangunkan iaitu sekitar 3,500 hektar.

Oleh itu, usaha yang segera perlu digembleng dalam membangunkan tanah dan aset wakaf di negara ini.

Dalam pada itu, Anwar berkongsi, kejayaan pembinaan Menara Bank Islam di segi tiga emas Kuala Lumpur atas wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy yang bernilai ratusan juta ringgit menunjukkan keupayaan sebenar sektor wakaf terhadap agenda pembangunan.

“Begitu juga Wakaf Seetee Aisyah dan Wakaf Simpang Enam di Pulau Pinang yang boleh dijadikan rujukan sebagai pusat sosioekonomi rakyat setempat.

“Malah Wakaf Felda membuktikan adanya anjakan minda peneroka apabila mereka bukan lagi semata-mata golongan menerima bantuan tetapi telah mula berkongsi rezeki dengan nilai wakaf terkumpul melebihi RM27 juta walaupun tabung wakaf baru ditubuhkan pada 2021,” katanya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Ada cubaan laga-lagakan penyokong Zahid, Bossku: MKT UMNO
  2. Formula 'segar' untuk UMNO
  3. Rahsia teknologi dalam ibadah puasa
  4. Menangani isu-isu dana politik
  5. Muda tidak cukup bagus buat PH?