Sila log masuk terlebih dahulu.

Bukan Melayu positif
Artikel percuma

26 Februari 2023 10:40am | Masa membaca: 4 minit
Carta menunjukkan kajian berhubung persepsi situasi ekonomi negara berdasarkan pecahan etnik. Gambar kecil: Anis Anwar
Carta menunjukkan kajian berhubung persepsi situasi ekonomi negara berdasarkan pecahan etnik. Gambar kecil: Anis Anwar
A
A
A

SHAH ALAM - Masyarakat bukan Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak bersetuju bahawa pengurusan Kerajaan Perpaduan berkaitan ekonomi, keadaan semasa dan hala tuju masa depan negara bertambah baik.

Berdasarkan data kaji selidik sempena 100 hari pentadbiran Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan melibatkan semua kaum, sebanyak 39 peratus menyatakan persepsi bahawa situasi ekonomi negara bermula Disember 2022 hingga Februari 2023 adalah buruk.

Sementara 38 peratus lagi menyokong bahawa ia bertambah baik dan baki 23 peratus menandakan tiada perubahan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 53 peratus etnik Bumiputera Sabah, 58 peratus Bumiputera Sarawak dan Cina, 70 peratus India dan 49 peratus lain-lain menyatakan ekonomi bertambah baik di bawah Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, kajian responden Melayu Semenanjung pula, sebanyak 53 peratus menyatakan ia bertambah buruk, manakala 22 peratus menyatakan bertambah baik dan 25 peratus lagi tiada perubahan.

Bagi kaji selidik berkaitan keadaan semasa, majoriti iaitu 45 peratus menandakan lemah, manakala 28 peratus menyatakan kuat dan bakinya 27 peratus adalah tidak lemah serta tidak kuat.

Undian terbanyak menyatakan keadaan semasa lemah adalah daripada etnik Melayu Semenanjung iaitu sebanyak 60 peratus.

Bagi etnik lain pula, majoriti menyatakan keadaan semasa negara dalam keadaan baik yang mana didahului India sebanyak 49 peratus, Bumiputera Sarawak (45 peratus), Bumiputera Sabah (43 peratus), Cina (41 peratus) dan lain-lain (39 peratus).

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Sementara itu, sebanyak 45 peratus daripada keseluruhan responden bersetuju bahawa Kerajaan Perpaduan membawa negara ke haja tuju yang betul, manakala 30 peratus lagi tidak bersetuju dan 25 peratus tidak pasti.

Cina dan India masing-masing menyumbangkan 76 peratus setuju terhadap kaji selidik itu, diikuti Bumiputera Sarawak dengan 60 peratus, Bumiputera Sabah (59 peratus) dan lain-lain etnik (58 peratus).

Etnik Melayu pula majoritinya iaitu 43 peratus menyatakan negara berada di hala tuju yang salah, 31 peratus tidak pasti dan 26 peratus hala tuju betul.

TIGA LANGKAH STABILKAN SEMULA SENTIMEN RAKYAT

Sementara itu, Ketua Penyelidik O2 Research Malaysia, Anis Anwar Suhaimi berpandangan masih banyak perkara perlu dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan Jemaah Menteri bagi memastikan Kerajaan Perpaduan dapat memperkukuhkan sokongan serta keyakinan daripada semua kaum.

Menurutnya, kerajaan disyorkan mengambil tiga langkah bagi menstabilkan semula sentimen masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Beliau berkata, antaranya ialah membentuk kefahaman kerajaan terhadap golongan masyarakat Melayu supaya mereka memahami dengan jelas.

“Bagaimana sosioekonomi orang Melayu, bagaimana dengan fokus terhadap masyarakat Melayu?

“Dengan kefahaman kepada data-data inilah perlunya satu pendekatan yang bersesuaian dengan situasi orang Melayu. Ini kerana jika keperluan mereka berbeza dengan tawaran yang diberikan oleh kerajaan, ia tidak akan menstabilkan semula sentimen ini,” katanya kepada Sinar Ahad.

Selain itu, kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih kuat dalam memberi keyakinan kepada orang Melayu.

Menurutnya, langkah itu perlu dilakukan oleh parti-parti dalam kerajaan terutama UMNO yang mewakili orang Melayu.

“Langkah ketiga ialah sikap yang perlu dilakukan oleh parti komponen lain khususnya Pakatan Harapan (PH). Ini kerana kita faham dalam PH terutama DAP menjadi liabiliti politik dalam sentimen masyarakat orang Melayu.

“Untuk membolehkan kerajaan PH diberi peluang mendapat keyakinan dalam kalangan orang Melayu, DAP perlu memainkan peranan untuk menunjukkan keikhlasan mereka dalam kerajaan pada hari ini.

"DAP perlu buktikan dan berusaha supaya tidak mewakili kaum minoriti atau satu-satu kaum sahaja tetapi untuk semua etnik,” jelas beliau.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan