Sila log masuk terlebih dahulu.

'Sampai bila nak hidu bau busuk?'

Penduduk Wakaf Lanas luah rasa kecewa ‘disajikan’ pemandangan jijik longgokan sampah haram

02 Mac 2023 08:00am | Masa membaca: 4 minit
Keadaan persekitaran yang dirakam penduduk di Jalan Yaakob Samba, Pasir Puteh, Kelantan.
Keadaan persekitaran yang dirakam penduduk di Jalan Yaakob Samba, Pasir Puteh, Kelantan.
A
A
A

PASIR PUTEH - Penduduk di Jalan Yaakob Samba, Wakaf Lanas di sini mendedahkan sudah empat tahun terpaksa hidu bau busuk dan menatap pemandangan jijik disebabkan tapak pembuangan sampah haram yang wujud di kawasan itu.

Penduduk yang ingin dikenali sebagai Yahya, 69, berkata, perbuatan membuang sampah di kawasan yang tidak diwarta itu dipercayai dilakukan oleh orang luar.

“Kebetulan kawasan itu bersemak-samun, jadi ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan membuang sampah di situ.

“Semakin hari, ia bertambah teruk sehingga mendatangkan pelbagai masalah kepada penduduk,” katanya kepada Sinar Harian.

Pesara kerajaan itu memberitahu, pihak berkuasa tempatan (PBT) telah pun mengambil tindakan dengan mengangkut kesemua sampah tersebut dan dibuang ke tempat sepatutnya pada Januari lalu.

Bagaimanapun, katanya, masalah itu tidak selesai kerana ia masih berulang sehingga sekarang.

Bagi peniaga kedai makan yang ingin dikenali sebagai Faridah, 56, masalah itu disedari sejak tahun 2020 lagi.

“Di sini, terdapat banyak perumahan tetapi kurang tong sampah. Disebabkan itu ada pihak yang ambil kesempatan menggunakan jalan mudah dengan membuang sampah di kawasan itu,” katanya.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Dia memberitahu kebanyakan yang datang membuang sampah di situ adalah orang luar.

Katanya, sudah beberapa kali aduan dibuat selain alternatif diambil penduduk setempat untuk menangani isu itu tetapi sampai ia masih berulang.

“Semua ini disebabkan sikap individu yang pentingkan diri. Bila seorang buat, yang lain tiru untuk mudahkan kerja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Perlesenan dan Kesihatan Persekitaran Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Mohd Haqqul Mubin Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima maklumat mengenai masalah tersebut dan telah mengambil tindakan pada 17 Januari lalu.

Ujarnya, tindakan itu melibatkan kerja-kerja membersihkan kawasan tersebut dengan membawa keluar sampah-sampah berkenaan.

“MDPP berharap orang ramai tidak lagi membuang sampah di kawasan yang tidak diwarta dan sama-sama menjaga kebersihan,” katanya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Dari anak tani, Ab Rauf kini dijulang Ketua Menteri
  2. Perkara penting untuk pendidikan
  3. Kekang ketagihan telefon pintar
  4. Dilema Melayu atau dilema Tun M kekal relevan?
  5. Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu