Sila log masuk terlebih dahulu.

Risiko syirik kepada ALLAH

19 Mac 2023 07:25am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

TULAR sekarang mengenai orang Islam yang dibawa melawat rumah ibadat bukan Islam. Lawatan tersebut mungkin bukan sekadar melawat sahaja tetapi terdapat acara yang dirancang bagi menjelaskan agama bukan Islam kepada pelawat-pelawat tersebut.

Negeri Selangor tegas menyatakan sebarang program membabitkan umat Islam di rumah ibadat agama lain adalah dilarang sama sekali, sebagaimana kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Katanya, walaupun menyambut baik program berbentuk kefahaman dan nilai-nilai toleransi antara agama yang dijalankan badan bukan kerajaan (NGO), namun ia mesti mengikut garis panduan ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terutamanya melibatkan aspek perundangan.

Akibatnya, ada yang mengatakan kekhuatiran melawat rumah ibadat bukan Islam kerana kepercayaan Islam yang tidak kukuh serta memperlekehkan kenyataan Exco Selangor tersebut pula.

Sesuatu ritual pasti mempunyai signifikan dan falsafahnya yang tersendiri. Apabila ritual itu berkait dengan agama, sudah tentulah kehendak agama berkenaan menjadi keutamaan atau objektif ritual tersebut. Ritual agama lain lazimnya membawa kesyirikan kepada ALLAH SWT kerana mereka tidak mempercayai keesaan ALLAH.

Jika tiada kesyirikan kepada ALLAH SWT dalam agama lain, pastilah ajaran agama lain akan sama dengan ajaran agama Islam. Namun hakikatnya agama lain tidak diiktiraf oleh ALLAH SWT sebagai agama yang benar di sisi-Nya.

Apabila umat Islam melawat rumah ibadat bukan Islam dan melaksanakan upacara keagamaan bukan Islam, ia membawa risiko kepada mensyirikkan ALLAH SWT. Bagi umat Islam, dosa mensyirikkan ALLAH SWT sangatlah besar dan mesti dijauhi.

Ini adalah perintah ALLAH yang jelas. Amat jelik jika ada yang masih mengatakan tidak kurang iman seseorang itu kepada ALLAH jika berpartisipasi dalam ritual agama bukan Islam yang membawa kepada syirik. Hal ini adalah disebabkan perintah ALLAH itu sendiri dilanggar. Bagaimanakah keimanan seseorang itu jika mengingkari perintah ALLAH.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Kita boleh bertaubat kepada ALLAH SWT atas dosa yang kita lakukan dan memohon diampunkan dosa-dosa kita itu. Namun jika dosa itu adalah dosa besar yang dibuat berulang kali pula bagaimanakah mahu kita mensanitasi dosa-dosa besar tersebut?

Dalam masa yang sama, kita mengakui hakikat Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan berbilang agama. Walau bagaimanapun sekiranya terdapat pengajaran atau penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam, hal yang demikian mungkin merupakan kesalahan di kebanyakan negeri di Malaysia.

Kita perlu fahami isu ini secara jelas bahawa konsep ketuhanan adalah berbeza dalam pelbagai agama dan hakikat ini sudah wujud sejak zaman silam sehingga ke hari ini.

Daripada Surah al-Kafirun ayat 1-6 menjelaskan yang bermaksud: “Katakanlah (Muhammad) wahai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

Dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. Dan aku tidak beribadat sebagaimana kamu beribadat. Dan kamu tidak beribadat sebagaimana yang aku beribadat.

Dan bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami.”Oleh itu jelaslah fatwa berkenaan hanya untuk menjaga akidah umat Islam bukan untuk mempersendakan agama bukan Islam. Mereka berhak menganuti dan mengamalkan agama mereka, bagi umat Islam pula janganlah terjerumus ke dalam kesyirikan.

Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia dan terdapatnya undang-undang yang melarang penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam, kita perlu mencari formula bagaimana persefahaman antara agama ini dapat ditegakkan tetapi dalam masa yang sama tidak memprejudiskan kepercayaan agama Islam serta kedaulatan undang-undang.

Dalam hal ini saya percaya demi menjaga kemaslahatan orang Islam selagi tiada perincian tuntas mengenai lawatan ke rumah ibadat bukan Islam, adalah lebih baik orang Islam tidak melawat tempat ritual agama bukan Islam jika tiada keperluan apatah lagi melakukan ritual mereka.

* Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ialah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Dari anak tani, Ab Rauf kini dijulang Ketua Menteri
  2. Perkara penting untuk pendidikan
  3. Kekang ketagihan telefon pintar
  4. Dilema Melayu atau dilema Tun M kekal relevan?
  5. Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu