Sila log masuk terlebih dahulu.

Peniaga vape desak kerajaan cepatkan regulasi

27 April 2023 07:20am | Masa membaca: 4 minit
Noorazuwan, Shazreen
Noorazuwan, Shazreen
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa peniaga produk vape menyambut baik inisiatif kerajaan meregulasikan industri itu demi kepentingan negara dan pengguna.

Mereka berpandangan, semua pihak bakal memperoleh manfaat malah kerajaan dapat menggunakan separuh hasil duti eksais untuk kepentingan rakyat.

Menurut seorang peniaga rokok elektronik dari Sungkai, Perak, Noorazuwan Khalid, 39, usaha kerajaan untuk meregulasikan vape sama seperti rokok akan membawa kebaikan bersama.

“Apabila kerajaan mengenakan cukai kepada peniaga vape, ia secara tidak langsung menjadikan perniagaan rokok elektronik ini sah di sisi undang-undang negara.

“Sebagai seorang peniaga, perkara ini yang dinanti-nantikan kerana saya mahu berniaga secara sah tanpa perlu bersembunyi,” katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi peniaga vape dari Kulim, Kedah yang mahu dikenali sebagai Ehsan, 34, berkata, sebaik sahaja vape dikenakan duti eksais, maka ia menjadikan harga produk tersebut berada dalam kawalan.

“Sekarang ini harga penjualan vape sangat tidak terkawal. Apabila tiada pelarasan harga, maka para peniaga boleh meletakkan harga jualan sesuka hati tanpa memikirkan nasib peniaga lain.

“Saya berharap kerajaan mengeluarkan satu SOP (prosedur operasi standard) untuk mengawal harga barang tersebut dan sekali gus membuatkan peniaga menjual dengan adil,” ujarnya.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Sementara itu, peniaga vape dari Temerloh, Pahang, Zahidah Zainal Abidin, 40, berkata, kerajaan perlu mengetatkan pengawalan penjualan vape kepada individu yang berumur bawah 18 tahun.

“Persatuan vape di Malaysia mempunyai pendekatan tersendiri dalam mengawal penjualan kepada golongan bawah umur, kami tidak menjual rokok elektronik itu kepada individu yang berumur 18 tahun ke bawah,” jelasnya.

Berkongsi pandangan sama, Shazreen Shafiq Sharif, 29, berkata, dengan wujudnya percukaian, kerajaan dapat membendung masalah penjualan produk cecair atau gel nikotin yang tidak dikawal kandungan peratusannya.

“Saya yakin sebaik sahaja regulasi dijalankan, pihak kerajaan akan mengeluarkan satu SOP yang perlu para peniaga patuhi,” kata peniaga dari Perlis itu.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Terap nilai budi di Parlimen: Dr Afifi al-Akiti
  2. Syafiq sentiasa perbaiki mutu karya, tidak pernah putus asa
  3. 'Jangan mudah lupa diri'
  4. Pas dan Annuar Musa
  5. Batik Air tidak gentar hadapi persaingan