Sila log masuk terlebih dahulu.

MRECA tolak cadangan bentang RUU kawal vape

Akta sedia ada masa kini dilihat sudah mencukupi untuk kawal sediaan nikotin dalam cecair vape

27 April 2023 07:10am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Peruncit Peranti dan Cecair Rokok Elektronik (MRECA) menggesa kerajaan meneliti semula cadangan untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu bagi mengawal sediaan nikotin dalam cecair rokok elektronik atau vape.

Presidennya, Datuk Adzwan Ab Manas berkata, ia berikutan Akta Makanan 1983 (Akta 281) yang mengandungi Peraturan-Peraturan (Perluasan Pemakaian Akta Makanan 1983 bagi Tembakau dan Lain-lain) Makanan 1993 diguna pakai ketika ini sudah mencukupi untuk menangani perkara tersebut.

Jelasnya, akta sedia ada itu juga sudah lengkap termasuklah kawal selia dan hanya memerlukan beberapa penambahbaikan.

“Sebab apa saya kata tidak perlu RUU baharu kerana kalau kita lihat dari segi penguatkuasaan undang-undang sedia ada mengatakan bahawa individu berumur 18 tahun ke bawah tidak boleh hisap rokok.

“Bagaimanapun, laporan sebelum ini ada menyebut bahawa bilangan kanak-kanak atau pelajar sekolah merokok meningkat, jadi apa yang saya nampak, kita tidak ada penguatkuasaan yang benar-benar jitu (bendung budaya merokok dalam kalangan pelajar sekolah).

“Jadi, saya tidak pasti kenapa kerajaan ‘sibuk’ hendak tumpukan kepada benda baharu (wujudkan RUU bagi kawal sediaan nikotin dalam vape), sedangkan perkara utama (merokok) tidak mampu diatasi,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk menyatakan perkara yang mahu kerajaan masukkan dalam akta baharu yang akan dibentangkan di Parlimen berkaitan kawalan terhadap industri vape.

Pada 1 April lalu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan RUU baharu kawalan tembakau dan vape ketika sesi Parlimen pada Mei ini.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Perkembangan terbaharu itu susulan keputusan kontroversi kerajaan pada hari sebelumnya yang mengeluarkan cecair dan gel nikotin daripada senarai Akta Racun.Adzwan menambah, pihak industri sebelum ini juga telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk KKM kawal selia produk tersebut.

“Kita sudah cadangkan kepada kerajaan supaya kawal selia industri vape ini dimasukkan dalam akta makanan dan tembakau sedia ada, sama seperti yang dibuat terhadap produk rokok.

“Cuma, kerajaan buatlah penambahbaikan di dalamnya kerana ia boleh dilakukan dengan kuasa menteri (buat penambahbaikan) dengan memasukkan pembelian atau penggunaan vape tidak dibenarkan untuk remaja di bawah 18 tahun.

“Jadi, saya tidak rasa perlu untuk kerajaan bentangkan RUU yang baharu di Dewan Rakyat kerana kita tahu prosesnya akan mengambil masa dan ini menyukarkan usaha untuk kawal selia,” jelasnya.

Pada Belanjawan 2023 lalu, kerajaan memutuskan untuk mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik atau vape.

Kerajaan dalam masa sama juga bersetuju mewartakan duti eksais bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) dalam usaha mengenakan cukai produk cecair atau gel yang mengandungi nikotin itu.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Terap nilai budi di Parlimen: Dr Afifi al-Akiti
  2. Syafiq sentiasa perbaiki mutu karya, tidak pernah putus asa
  3. 'Jangan mudah lupa diri'
  4. Pas dan Annuar Musa
  5. Batik Air tidak gentar hadapi persaingan