Sila log masuk terlebih dahulu.

Pernah ditipu RM600,000, mangsa lega jaminan kerajaan

24 Mei 2023 06:45am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

SHAH ALAM - Rata-rata mangsa sindiket penipuan scammer melahirkan rasa lega apabila kerajaan berhasrat meminda Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan wang yang dirampas daripada jenayah penipuan dalam talian dipulangkan lebih awal kepada mangsa.

Pesara swasta, Megat Abdullah, 55, berkata, tindakan kerajaan berkenaan secara tidak langsung memberi sinar baharu kepada mangsa kerana mereka masih berpeluang untuk mendapatkan semula wang yang lesap.

“Saya pernah mengalami kerugian sebanyak RM600,000 akibat ditipu syarikat pelaburan.

“Beberapa bulan kemudian, syarikat itu menghilangkan diri. Sehingga sekarang saya tidak dapat mengesan mereka.

“Walaupun saya menyedari adalah sukar untuk mendapat semula duit saya yang sudah hilang, namun jika pihak yang menipu saya berjaya ditangkap dan dibawa ke muka mungkin masih ada sinar untuk saya mendapat kembali pelaburan saya semula.

“Dalam masa yang sama, tindakan kerajaan ini juga dapat membantu mangsa-mangsa lain yang masih berpeluang untuk mendapat wang mereka dengan cepat tanpa menunggu kes mahkamah yang mengambil masa yang lama,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, seorang lagi mangsa scammer yang pernah kehilangan wang sebanyak RM163,000 daripada empat akaun bank tempatan dalam masa hanya dua hari turut memuji langkah kerajaan tersebut.

Menurut Azura Adnan, 38, dia berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin terhadap nasib mangsa penipuan scammer.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Selepas ditipu, saya sekadar meneruskan kehidupan tetapi jika usaha terbaharu ini dapat mengembalikan wang kami, ia dianggap satu rezeki.

“Tetapi saya reda dengan apa yang berlaku malah saya akan lebih berhati-hati selepas ini supaya tidak sesekali menekan link yang mencurigakan atau mendedahkan maklumat peribadi,” ujarnya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Terap nilai budi di Parlimen: Dr Afifi al-Akiti
  2. Syafiq sentiasa perbaiki mutu karya, tidak pernah putus asa
  3. 'Jangan mudah lupa diri'
  4. Pas dan Annuar Musa
  5. Batik Air tidak gentar hadapi persaingan