Sila log masuk terlebih dahulu.

Hujah PM tangkis dakwaan Malaysia tiada kebebasan beragama

26 Mei 2023 07:45am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan mengkaji untuk meminda atau membatalkan semua undang-undang yang bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-Raja Melayu berhubung penggunaan kalimah ALLAH amat bertepatan dan berlandaskan hujah berasas.

Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, hujah Anwar juga mampu menangkis dakwaan daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat yang mengeluarkan satu laporan baru-baru ini mempertikaikan amalan kebebasan beragama oleh Malaysia susulan kontroversi penggunaan kalimah ALLAH.

Katanya, isu ini hakikatnya telah cuba dinoktahkan sebelum ini oleh pelbagai pihak termasuk dirinya sewaktu menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), bagaimanapun sikap degil pihak tertentu menyebabkan ia terus berlarutan.

Jelasnya, kekeliruan dua keputusan kabinet pada tahun 1986 dan kes mahkamah dihadapi Jill Ireland berhubung isu itu menyebabkan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengaitkan Malaysia sebagai sebuah negara tidak membenarkan kebebasan beragama.

“Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat itu memberi gambaran Malaysia tidak membenarkan kebebasan beragama, namun hakikatnya umat Islam di Malaysia adalah kelompok paling bertoleransi.

“Ketika memegang portfolio undang-undang pada 2008, saya telah berusaha menyelesaikan isu ini, namun tiada sebarang keputusan dapat dicapai akibat kedegilan sesetengah pihak.

“Justeru pada saya, apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat semalam (Rabu) akan memuktamadkan isu ini,” katanya kepada Sinar Premium.

Mohamed Nazri juga menegaskan, pihak-pihak yang berkeras mahu menggunakan kalimah ALLAH untuk agama lain seharusnya menghormati perasaan orang Melayu yang majoritinya beragama Islam.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Kalau mereka mahu menggunakan kalimah ALLAH hanya terhad di Sabah atau Sarawak boleh kita terima kerana itu sudah menjadi kebiasaan untuk mereka.

“Namun, sekiranya mahu kalimah ALLAH digunakan untuk agama lain di Semenanjung itu amat biadap dan tidak menghormati Raja-Raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam serta bertentangan dengan perlembagaan Malaysia.

“Hormatilah perasaan orang Melayu yang majoritinya beragama Islam seperti mana orang Melayu menghormati perasaan orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Beliau juga menegaskan hujah mengatakan kalimah ALLAH digunakan oleh bukan Islam di Semenanjung sejak abad ke-1682 adalah tidak tepat.

“Portugis, Belanda dan Inggeris tidak menggunakan kalimah ALLAH untuk merujuk kepada God atau tuhan dalam agama Kristian.

“Jangan putar belitkan fakta yang ada,” tegas beliau.

Mohamed Nazri turut mengajak seluruh umat Islam di negara ini untuk berdiri teguh di belakang Perdana Menteri dan Raja-Raja Melayu dalam isu ini.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Terap nilai budi di Parlimen: Dr Afifi al-Akiti
  2. Syafiq sentiasa perbaiki mutu karya, tidak pernah putus asa
  3. 'Jangan mudah lupa diri'
  4. Pas dan Annuar Musa
  5. Batik Air tidak gentar hadapi persaingan