Sila log masuk terlebih dahulu.

Rakyat restu Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10
Artikel percuma

26 Februari 2023 10:50am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

SHAH ALAM - Responden daripada semua etnik menerusi kajian firma penyelidikan O2 Malaysia memberikan maklum balas positif mengenai kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Daripada 35,077 responden, sebanyak 47 peratus memilih untuk menerima pelantikan Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Perdana Menteri, 16 peratus pula bersikap nuetral manakala 37 peratus tidak menerima.

Respon positif turut diberikan rakyat ketika ditanya mengenai penyertaan blok Sabah dan Sarawak dalam mana-mana parti yang menjadi kerajaan.

Bagaimanapun, dalam kaji selidik bagi mendapatkan sejauh mana tahap penerimaan rakyat terhadap pembentukan kerajaan selepas PRU15 itu, lebih ramai menyatakan tidak menerima Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Sebanyak 47 peratus responden menolak, 33 peratus bersetuju manakala 20 peratus nuetral dengan kerjasama dua blok parti itu.

Bagaimana apabila dipecahkan sentimen penerimaan kerjasama PH dan BN mengikut penyokong parti dan pengundi, kajian mendapati penyokong PH paling tinggi bersetuju iaitu sebanyak 62 peratus menerima dan hanya 12 peratus menolak.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Data kaji selidik tinjauan rakyat Malaysia.
Data kaji selidik tinjauan rakyat Malaysia.

Bagi penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) kaji selidik menyaksikan sentimen mereka agak seimbang.

Namun begitu, menariknya kaji selidik lima media dengan firma O2 Research ini mendapati peratusan penyokong dan pengundi daripada parti BN dan Gabungan Rakyat Sabah agak tinggi menolak kerjasama PH-BN.

Ia boleh difahami berkemungkinan daripada BN sendiri berdepan krisis apabila terdapat beberapa kem terutamanya team Presiden dan team bukan Presiden.

GRS pula diketahui berdepan kemelut selepas PRU berikutan tindakan pemimpin Bersatu Sabah bertindak keluar parti untuk berada dalam GRS sahaja.

Sementara itu, peratusan responden agak tinggi tidak menerima berhubung lantikan menteri dan timbalan menteri dalam Kerajaan Perpaduan diterajui Anwar.

Berhubung Perikatan Nasional (PN) tidak bersama dalam kerajaan dan kekal sebagai pembangkang, responden menerima baik keputusan tersebut.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan