Sila log masuk terlebih dahulu.

Dosa pemimpin semarak kebencian
Artikel percuma

22 Julai 2023 08:15am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

PERANG Dunia II berlaku dari tahun 1939 hingga 1945 merupakan sejarah hitam yang telah mengorbankan kira-kira 70 hingga 85 juta nyawa.

Ia melibatkan seramai 100 juta tentera daripada lebih 30 buah negara dan paling menyedihkan ialah lebih ramai orang awam terbunuh dalam peperangan tersebut.

Tragedi itu berlaku berpunca daripada seorang pemimpin diktator yang paling dibenci di atas muka bumi ini iaitu Adolf Hitler.

Pada September 1939, Hitler menyerang Poland sehingga berjaya mencapai kejayaan besar dan mencetuskan tindak balas dari British serta Perancis sehingga mereka mengumumkan perang terhadap Jerman dan dengan itu memulakan Perang Dunia II.

Bagaimanapun, Perang Dunia II menemui noktah apabila Jerman kalah dalam Pertempuran Bulge pada Disember 1944 dan pihak Berikat berjaya memasuki Jerman pada tahun 1945.

Hitler sedar kekalahan demi kekalahan menyebabkan dia tidak dapat lagi meneruskan impiannya dan akhirnya membunuh diri bersama isterinya, Eva Braun ketika pihak Rusia memasuki Berlin.

Peperangan di Eropah berakhir dengan penyerahan diri oleh Jerman pada 8 Mei 1945 tetapi ia berterusan di Asia serta Pasifik sehingga 2 September 1945 apabila Jepun menyerah kalah.

Walaupun tiada lagi peperangan lebih besar daripada itu berlaku tetapi ia masih terjadi pada skala yang kecil dan terbaharu melibatkan Rusia serta Ukraine.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Walaupun kesan peperangan secara fizikal hanya berlaku di Ukraine, namun ia juga memberi impak yang besar kepada ekonomi dunia.

Inilah bahana yang terpaksa kita tanggung, hanya kerana kegilaan seorang pemimpin sahaja sudah cukup untuk menghuru-harakan negara dan dunia.

Kita bersyukur kerana Malaysia sudah aman dan damai selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Ini pun berlaku kerana segelintir pemimpin yang angkuh dan bongkak.

Sehingga hari ini bibit-bibit kebencian masih ada dalam hati segelintir pihak dan masih belum padam sepenuhnya serta timbul rasa curiga antara satu sama lain masih ada.

Malah ia disemarakkan lagi dengan ucapan-ucapan tidak sepatutnya diungkapkan oleh pemimpin politik terutama menjelang pilihan raya negeri 29 Julai ini.

Perkara seperti itu sepatutnya dikuburkan dan disemadikan bersama-sama dengan kisah 13 Mei.

Rakyat inginkan ketenangan dalam negara dan mahu menikmati hidup dengan gembira serta mendamaikan.

Jadi nasihat untuk semua politikus negara, berpolitiklah dengan bijak dan jangan sampai negara ini hangus terbakar dek kerana mahu memuaskan cita-cita masing-masing.

Atas sebab itulah kita amat menyokong supaya satu akta baharu berkaitan isu bangsa, agama dan institusi diraja (3R) di negara ini diwujudkan untuk menangani provokasi melampau serta kebencian rakyat.

Ini adalah demi untuk kebaikan rakyat dan negara ini. Sekurang-kurangnya ia dapat menghalang daripada muncul pemimpin politik yang tidak mampu kawal diri.

Sesungguhnya api kebencian yang sedang dibakar itu amat bahaya dan tidak mendatangkan keuntungan kepada rakyat serta negara.

Jika negara ini musnah sudah tentu ia adalah satu dosa yang amat besar dan tidak boleh diampunkan.

* Junhairi Alyasa ialah Pengarang Berita Sinar Harian

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan