Sila log masuk terlebih dahulu.

Calon heavyweight curi tumpuan
Artikel percuma

26 Julai 2023 07:55am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) sudah mengumumkan calon masing-masing untuk dipertaruhkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos depan.

Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan parti itu akan bertanding di 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada majlis pengenalan calon di Padang Awam Seksyen 7 di sini, Sabtu lalu.

Sehari sebelum itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, BN mengumumkan senarai calon parti berkenaan yang bertanding PRN termasuk 12 calon di Selangor.

Menariknya, beberapa nama besar atau 'heavyweight' PH dan BN mencuri tumpuan pada kali ini.

Calon 'heavyweight' pada PRN Selangor sudah tentu tertumpu kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang telah menang di kerusi DUN Sungai Tua (dulu dikenali Batu Caves) sejak tiga penggal lalu.

Meskipun baru memimpin Selangor sejak tahun 2018, namun prestasi Amirudin berada pada tahap terbaik.

Lebih membanggakan apabila Amirudin berjaya meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 24.8 peratus kepada 25.5 peratus tahun lalu.

Malah, di bawah pentadbiran beliau juga, sebanyak 45 inisiatif Iltizam Selangor Penyayang (ISP) dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Amirudin menang di kerusi Sungai Tua dengan meraih 17,446 undi menewaskan calon BN, Datuk N Rawisandran yang meraih 6,072 undi, calon Pas, Mad China mendapat 4,530 undi dan calon Bebas, Badrol Acong yang mendapat 268 undi.

Selain Amirudin, PKR kali ini turut menampilkan penyanyi rap, Altimet di DUN Lembah Jaya.

Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman diketengahkan PKR selepas berjaya memenangi pemilihan Ketua Cabang Ampang tahun lalu.

Sebagai selebriti, Altimet yang popular dengan lagu Amboi dan Aduh Malaysia itu mampu menarik sokongan pengundi terutama golongan muda.

Bagi BN pula, 'panglima perang' mereka ialah Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang bertanding di DUN Gombak Setia.

Sebagai anak jati dibesarkan di kawasan itu, Megat Zulkarnain tentunya dikenali di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, pada PRU14 lalu, Megat Zulkarnain yang mendapat 11,113 undi tewas kepada Hilman Idham daripada PKR yang mendapat 12,399 undi.

Altimet dan Megat Zulkarnain
Altimet dan Megat Zulkarnain

POTENSI

Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri berkata, Amirudin disifatkan seorang pemimpin muda yang mempunyai potensi tinggi dan telah melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.

Menurutnya, pelbagai penambahbaikan telah dilaksanakan untuk memajukan dan memakmurkan rakyat Selangor.

"Bagi saya, rakyat Selangor beruntung kerana mempunyai Menteri Besar yang muda, bertenaga dan mempunyai gaya kepimpinan tersendiri untuk menguruskan negeri dan politik di negeri ini dengan baik.

Mengulas pencalonan Altimet pula, Mohd Yahya berkata, sudah tentu faktor dikenali menjadi pertimbangan dalam PRN ini.

"Saya fikir ini satu proses yang baik dan sebagai penghargaan PKR kepada warga industri seni lebih-lebih lagi golongan selebriti jarang menjadi ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kerana biasanya mereka dilantik sebagai senator," jelas beliau.

Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos pula berkata, beliau yakin Megat Zulkarnain mampu beroleh kemenangan DUN Gombak Setia.

Katanya, Megat Zulkarnain dikenali sebagai seorang pemimpin yang terlibat dalam politik sejak ketika usia muda lagi.

"Beliau memang sangat dikenali serta popular daripada pengundi terutama di kawasan Gombak.

Saya melihat pendekatan digunakan antaranya mengadakan aktiviti ramah mesra dan program berterusan.

"Walaupun tidak menjadi kerajaan pada tahun 2018 tetapi peranan beliau mendekati masyarakat di sana amat dikagumi," ujarnya.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan