Sila log masuk terlebih dahulu.

Gelombang merah-biru atau hijau di Kedah?
Artikel percuma

27 Julai 2023 07:00am | Masa membaca: 4 minit
Kedudukan 36 DUN Kedah.
Kedudukan 36 DUN Kedah.
A
A
A

PILIHAN raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini bakal menjadi penentu survival dan jangka hayat politik koalisi Barisan Nasional (BN) - Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) di Kedah, pada masa depan.

Ini kerana jika dilihat perkembangan politik semasa, koalisi BN-PH mempunyai peluang hampir seimbang atau 50-50 dengan PN untuk merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk kerajaan di Negeri Jelapang Padi selepas PRN nanti.

Malah, tidak mustahil keputusan PRN kali ini bakal menjadi cerminan sama ada gelombang hijau masih berterusan atau bakal diganti gelombang merah-biru iaitu kebangkitan sokongan BN-PH di Kedah.

Hal ini kerana ramai mengetahui bahawa gelombang hijau yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu membolehkan PN menguasai 13 daripada 14 kerusi Parlimen di Kedah.

Muka depan sisipan khas Sinar Premium sempena kehangatan PRN enam negeri yang diterbitkan di dalam akhbar Sinar Harian pada Khamis.
Muka depan sisipan khas Sinar Premium sempena kehangatan PRN enam negeri yang diterbitkan di dalam akhbar Sinar Harian pada Khamis.

Fenomena itu agak berbeza jika dibandingkan dengan PRU14, di mana PH menang 18 kerusi DUN di Kedah, manakala Pas dan BN masing-masing menang 15 dan tiga kerusi DUN.

Namun selepas Langkah Sheraton pada 2020, PN merampas kuasa pemerintahan Kedah selepas mereka mendapat sokongan 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Berikutan itu, penganalisis politik mengambil sikap tunggu dan lihat sama ada gelombang hijau masih berterusan atau bakal digantikan dengan gelora merah-biru di Kedah, dalam PRN nanti.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpandangan, biarpun PN memenangi hampir semua kerusi Parlimen kecuali Sungai Petani pada PRU15 lalu, namun mereka hanya memiliki kelebihan undi kira-kira lima peratus sahaja berbanding undi campuran BN-PH.

Mohd Azizuddin berkata, walaupun PN kini menguasai 14 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah namun ia bukan jaminan rekod cemerlang mereka kekal pada PRN nanti susulan dinamika politik berlaku sekarang.

Justeru Mohd Azizuddin berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar yang menyasarkan koalisi BN-PH akan kembali mentadbir negeri itu jika mereka memperoleh tambahan 10 peratus undi berbanding PRU15 lalu.

Katanya, antara kelebihan koalisi BN-PH adalah mereka kini menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan dan boleh memanfaatkan jentera serta program di peringkat nasional sebagai salah satu kaedah kempen pada PRN nanti.

Disebabkan itu Mohd Azizuddin berkata, banyak pihak melihat ada kemungkinan berlaku gelombang merah-biru susulan perubahan sokongan pengundi terutama orang Melayu terhadap BN-PH termasuklah di Kedah.

“Antara faktor yang mempengaruhi sama berlaku gelombang merah-biru atau gelombang hijau ialah pemilihan calon mewakili sesebuah parti politik di kawasan DUN masing-masing,” katanya kepada Sinar Premium.

Selain itu, Mohd Azizuddin juga meramalkan saingan kempen PRN khususnya di Kedah akan semakin hangat apabila BN-PH dan PN saling berbalas kenyataan.

Mohd Azizuddin, Ummu Atiyah
Mohd Azizuddin, Ummu Atiyah

“Kalau dulu BN-PH hanya berdiam diri apabila mereka diserang PN namun sekarang sebaliknya berlaku di mana PN pula terpaksa bersikap defensif terutama selepas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa di mahkamah kerana menghina institusi raja.

“Malah, penyokong PN mula berasa bimbang kerana tidak semua orang Melayu termasuk di Kedah dapat menerima cara Sanusi berpolitik,” katanya.

Oleh itu, Mohd Azizuddin menjelaskan, beliau tidak hairan jika UMNO kini membawa naratif bahawa Pas sekarang adalah parti anti institusi raja dan tidak menghormati sensitiviti orang Melayu.

“Keadaan itu mungkin menyebabkan Sanusi yang sebelum ini dikatakan calon boleh menang bertukar kepada liabiliti PN," katanya.

Sanusi
Sanusi

SUKAR BUAT PH-BN

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Ummu Atiyah Ahmad Zakuan pula meramalkan PN tidak mempunyai masalah besar untuk mempertahankan status quo kerajaan negeri Kedah.

Malah Ummu Atiyah meramalkan, kes pendakwaan terhadap Muhammad Sanusi juga tidak akan menjejaskan peluang PN mempertahankan Kedah.

Beliau menjelaskan, biarpun di atas kertas secara mudahnya koalisi mewakili Kerajaan Perpaduan di Putrajaya berpotensi menang 17 kerusi DUN jika undi BN-PH pada PRU15 lalu dicampurkan, namun keputusan sebenar PRN nanti pasti berbeza.

“Jika kita mengambil sudut komposisi demografi pengundi di Kedah dan mengambil kira pelbagai faktor lain, saya menjangkakan BN-PH boleh menang di lapan kerusi DUN dalam PRN kali ini iaitu Pantai Merdeka, Bakar Arang, Sidam, Kota Darulaman, Gurun, Bukit Selambau, Lunas dan Kulim,” katanya.

Ummu Atiyah berkata, peluang BN-PH menawan kembali Kedah dilihat sukar kerana pelbagai faktor termasuklah kekalahan teruk BN dalam PRU15 lalu yang menunjukkan penurunan sokongan daripada pengundi Melayu kepada gabungan parti berkenaan.

“Keputusan PRU15 juga menunjukkan BN terutama UMNO kini tidak mampu lagi menyediakan fix deposit kepada koalisi BN-PH dalam PRN nanti,” katanya.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan