Sila log masuk terlebih dahulu.

Manifesto: Rekod kejayaan kunci keyakinan rakyat
Artikel percuma

04 Ogos 2023 07:30am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

SHAH ALAM - Kejayaan sesebuah kerajaan negeri yang ditadbir oleh mana-mana parti menjadi petunjuk prestasi utama kepada keyakinan pengundi terhadap manifesto diumumkan dalam kempen pilihan raya.

Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata, selain itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), parti politik yang bertanding dalam pilihan raya juga dilihat lebih berhati-hati dalam membuat janji dan menyediakan manifesto mereka.

Menurutnya, ia perlu dilihat daripada sudut realistik dan bukan liabiliti kepada semua pihak khususnya kemampuan terutama kewangan sesebuah kerajaan dan bukan sekadar populis demi meraih undi semata-mata.

“Saya nampak apa yang penting itu bukan sekadar retorik manifesto itu, tetapi juga track record. Contoh di Selangor, manifesto yang diumum oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari saya nampak realistik memandangkan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini.

“Dalam konteks Pulau Pinang atau Negeri Sembilan, mungkin tiada masalah tetapi kalau Kedah mungkin bermasalah memandangkan tidak ada rekod atau kejayaan unik dalam tempoh tiga tahun ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau menjelaskan, rakyat bakal menuntut janji pilihan raya daripada parti politik membentuk kerajaan di sesebuah negeri.

“Manifesto ini dijadikan kelebihan atau kekurangan selepas menang. Kalau parti A menang, di situlah manifesto itu akan disemak, diteliti dan dipantau rapat oleh parti kalah untuk dijadikan isu tetapi ketika ini, dalam menuju PRN saya tidak nampak konteks itu besar,” jelasnya.

ANTARA MANIFESTO PN

Disyorkan artikel berkaitan ini:

KEDAH

- Memperteguh pentadbiran negeri yang profesional dan berintegriti.

- Memastikan komitmen pelaburan domestik dan antarabangsa dengan sasaran RM10 bilion setahun.

- Menyediakan 100,000 peluang pekerjaan berdaya saing dalam tempoh 30 tahun.

- Menyelesaikan isu berkaitan dengan pembekalan air bersih di Kedah.

- Membina dan menyediakan rumah kos rendah dan rumah mampu milik dengan sasaran 15,000 buah rumah menjelang tahun 2030.

KELANTAN

- Membuka bandar baharu dan membangunkan bandar sempadan yang mampu menambah peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi.

- Memperkenalkan Kad Warga Emas B40, Skim Cakna Warga Emas Al-Muqarramun dan Skim Ma’aruf OKU serta menambah baik Skim Khas One-Off Dhuafa’ Orang Miskin dan Skim Ihsan One-Off RM500 kepada penjaga pesakit terlantar terpilih.

- Menambahkan simpanan bekalan air dan bantuan pemasangan paip kali pertama kepada rakyat B40.

- Melaksanakan Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) di seluruh jajahan dan membina kebahagiaan keluarga muda dengan bantuan sewa rumah, kuota khas Rumah Dhuafa’, K4G Health (kad takaful) dan bantuan sara hidup.

ANTARA MANIFESTO PH/BN

KEDAH

- Kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan melalui Malaysia Investment Development Authority (MIDA) dan The Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) dalam menawarkan insentif pelaburan yang menarik kepada para pelabur yang berkualiti tinggi untuk melabur di Kedah.-

- Membangunkan Program Sijil Kemahiran TVET untuk pelajar tahfiz bagi mengatasi masalah pengangguran 50,000 kumpulan pelajar tersebut

- Bekerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan dalam mencari kaedah penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah pembekalan air bersih di seluruh Negeri Kedah dengan lebih efektif.

- Mewujudkan Rumah Transit kepada Anak Muda yang layak dengan kadar sewa berpatutan di kawasan strategik dan dasar bagi memudahkan pembangunan rumah mampu milik (Rumah Perpaduan) untuk golongan B40 dan M40 di bandar dan pinggir bandar.

SELANGOR

- Meluaskan skop peserta Program Tuisyen Rakyat Selangor percuma kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dengan sasaran 200 ribu peserta serta menawarkan kelas pembelajaran bahasa percuma seperti bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Jepun dan Korea.

- Menawarkan 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada orang muda Selangor dengan menarik pelaburan tempatan dan luar negara.

- Menawarkan opsyen penukaran cukai petak dan utiliti air daripada kadar komersial kepada kadar kediaman bagi pemilikan rumah pertama.

- Menawarkan Kediaman Kita Selangor berjumlah 200,000 unit lengkap dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan