Sila log masuk terlebih dahulu.

Asmirul fokus empat bidang utama
Artikel percuma

08 Ogos 2023 07:45am | Masa membaca: 4 minit
Mohd Asmirul
Mohd Asmirul
A
A
A

EMPAT bidang utama menjadi fokus penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan, Mohd Asmirul Anuar Aris iaitu bidang perikanan, pertanian, usahawan dan sukan permotoran jika sekali lagi diberikan mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah.

Ikuti wawancara wartawan, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor bersama Mohd Asmirul Anuar yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah.

SINAR HARIAN: Apa rancangan anda jika terus kekal dipilih menjadi wakil rakyat?

MOHD ASMIRUL ANUAR: Kita sebenarnya sudah mempunyai roadmap tentang hala tuju di DUN Kubang Rotan seterusnya ke peringkat negeri.

Fokus utama melibatkan perikanan, pertanian, usahawan dan sukan permotoran yang turut melibatkan orang muda termasuk para nelayan dan petani.

Saya melihat sudah ada dalam kalangan orang muda yang mula minat untuk terlibat dalam empat bidang ini dan perkara ini akan diberikan perhatian jika saya terus diberikan mandat.

Perkara ini sebenarnya telah berjalan semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah negeri ini sebelum jatuh ke Perikatan Nasional (PN).

SINAR HARIAN: Mengapa pengundi perlu menyahut kempen ‘kalih bagi sama’ yang digerakkan oleh PH-BN di Kedah?

Disyorkan artikel berkaitan ini:

MOHD ASMIRUL ANUAR: Kita perlu ‘kalih bagi sama’ iaitu kerajaan negeri dan persekutuan.

Sebab kerajaan negeri memegang beberapa bidang kuasa dan jika pentadbiran sama dengan persekutuan banyak perkara dapat diselaraskan.

Perkara ini akan memudahkan urusan di peringkat DUN Kubang Rotan dan juga Kedah.

Cita-cita saya adalah untuk melihat anak muda kita bekerja di negeri sendiri kerana dapat tinggal bersama dan menjaga orang tua mereka.

Kita mahu banyakkan peluang pekerjaan di DUN Kubang Rotan dan negeri ini.

SINAR HARIAN: Apakah pembangunan yang mahu anda laksanakan?

MOHD ASMIRUL ANUAR: Beberapa perancangan turut difokuskan antaranya mewujudkan dataran atau waterfront di Kuala Kedah.

Kawasan itu mempunyai nilai yang cukup besar dengan adanya Muzium Kota Kuala Kedah yang merupakan tempat perang musuh bisik dan memiliki sejarah yang bernilai tinggi untuk negeri Kedah.

Selain itu, pelantar ikan Kampung Seberang Kota turut terlibat dan memerlukan ruang parkir kenderaan selain tandas awam yang lebih baik. Perancangan naik taraf ini juga akan melibatkan kawasan tepi sungai hingga ke laut.

SINAR HARIAN: Apa tumpuan yang mahu diberikan kepada pengundi muda?

MOHD ASMIRUL ANUAR: Orang muda ini dekat dengan diri saya kerana setiap kali turun padang saya akan mendengar luahan dan pandangan mereka.

Banyak idea yang diberikan malah telah dimasukkan dalam perancangan roadmap yang mahu kita bawa.

Sebagai contoh, dalam sektor perikanan boleh diperkasakan peluang ekonomi buat nelayan muda untuk membawa pelancong di Kuala Kedah jika sektor pelancongan dapat diperkasakan terutamanya pembinaan waterfront.

Dalam sektor pertanian pula, petani muda bercakap tentang penggunaan teknologi dan sokongan daripada pihak berkaitan dan perkara ini memang kita telah bawa dan tekankan sejak dulu lagi.

SINAR HARIAN: Mengapa pengundi perlu memilih anda untuk terus menjadi wakil rakyat di DUN Kubang Rotan?

MOHD ASMIRUL ANUAR: Saya adalah anak jati Kuala Kedah dan membesar di kawasan ini serta merasai denyut nadi kehidupan orang kampung terutamanya nelayan dan petani.

Saya faham apa yang dimahukan oleh mereka dan PH-BN. Kerajaan negeri di bawah PN gagal dalam pelbagai isu di negeri ini.

Pilih saya bukan atas sebab Mohd Asmirul Anuar, tetapi pilih untuk DUN Kubang Rotan membantu PH menyumbang satu kerusi kepada kerajaan bagi membentuk kerajaan negeri iaitu Kerajaan Perpaduan Kedah Madani yang selari dengan Malaysia Madani di peringkat persekutuan.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan