Sila log masuk terlebih dahulu.

PN dahului 33 kerusi DUN majoriti Melayu
Artikel percuma

10 Ogos 2023 09:00am | Masa membaca: 4 minit
Mohamed Azmin percaya PN akan menjadi pilihan rakyat Selangor Sabtu ini.
Mohamed Azmin percaya PN akan menjadi pilihan rakyat Selangor Sabtu ini.
A
A
A

BIARPUN Perikatan Nasional (PN) masih berteka-teki mengenai siapakah poster boy dan calon Menteri Besar jika mereka menang pilihan raya negeri (PRN) Sabtu ini, namun ramai pemerhati politik melihat individu paling sesuai memikul tanggungjawab, amanah dan tugas berat itu ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin bukan hanya panglima perang PN Selangor, malah beliau berpengalaman luas dalam politik dan pentadbiran termasuk pernah menjadi Menteri Besar Selangor selain memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan Persekutuan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri semasa PN berkuasa di Putrajaya selama 17 bulan.

Justeru, untuk mengetahui sejauh manakah peluang beliau merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang dan PN menang di Selangor, ikuti wawancara wartawan Sinar Premium, MOHD FAIZUL HAIKA MAT KHAZI bersama bekas Ahli Parlimen Gombak yang juga Pengerusi PN Selangor itu.

SINAR HARIAN: Seperti kita tahu kempen PRN kini semakin rancak dan sudah memasuki fasa terakhir, jadi sejauh manakah keyakinan Datuk Seri mengenai peluang PN untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri Selangor daripada PH?

AZMIN: Berdasarkan tinjauan dan kajian lapangan dibuat sebelum ini, insya-ALLAH kita berpotensi menang di sekurang-kurangnya 33 kerusi DUN terutama di kawasan majoriti pengundi Melayu di Selangor.

Oleh itu, saya gembira melihat perkembangan positif dan sambutan semakin baik diterima PN setiap hari di Selangor.

Saya berdoa setiap hari dan berharap kita akan menang lebih banyak kerusi DUN berbanding apa yang disasarkan pucuk pimpinan PN sebelum ini.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Adakah Datuk Seri melihat kemungkinan PN akan memenangi dua pertiga atau lebih 38 daripada 56 kerusi DUN di Selangor pada PRN nanti?

Perkara itu bukan sesuatu yang mustahil terutamanya jika gelombang ketidakpuasan hati rakyat Selangor terhadap kegagalan kerajaan Persekutuan disertai gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam menangani pelbagai isu terutama peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barang berterusan.

Insya-ALLAH jika ada wave atau gelombang kebangkitan rakyat menolak PH dan BN semakin kuat menjelang hari pengundian ini, maka tidak mustahil kita akan berjaya membentuk kerajaan di Selangor, pada 12 Ogos ini.

Datuk Seri mendapat saingan sengit daripada calon PH iaitu Juwairiya Zulkefli untuk merebut kerusi DUN Hulu Kelang. Sejauh manakah Datuk Seri melihat cabaran dan peluang untuk menang di kerusi DUN ini?

Saingan saya bukan hanya calon daripada parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja, malah sebaliknya ialah seluruh jentera PH termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkampung di sini untuk membunuh kerjaya politik saya. Mereka mahu memastikan saya kalah di kerusi DUN Hulu Kelang.

Itulah juga yang berlaku semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Bagaimanapun saya tidak boleh menghalangnya kerana ia adalah sebahagian daripada proses demokrasi.

Kita tidak boleh menghalang mana-mana pihak berkempen di sini, namun saya cukup yakin pengundi dan penduduk di DUN Hulu Kelang akan membuat keputusan secara matang untuk memilih calon wakil rakyat yang terbaik.

Mohamed Azmin (kanan) yang mewakili PN ditentang calon Pakatan Harapan, Juwairiya Zulkifli di DUN Hulu Kelang. - Foto Bernama
Mohamed Azmin (kanan) yang mewakili PN ditentang calon Pakatan Harapan, Juwairiya Zulkifli di DUN Hulu Kelang. - Foto Bernama

Adakah Datuk Seri kecewa jika tidak dipilih sebagai Menteri Besar Selangor jika PN berjaya merampas pentadbiran kerajaan negeri Sabtu ini?

Saya tidak akan berasa kecewa jika tidak dipilih menteri besar kerana apa yang penting PN mesti menang besar di Selangor supaya kita dapat menterjemahkan semua tawaran manifesto dalam bentuk tindakan.

Justeru, saya bersedia untuk mendukung dan menyokong keputusan parti dalam melaksanakan tawaran manifesto yang dijanjikan kepada rakyat Selangor.

Saya dan rakan dalam Pas juga mempunyai pengalaman menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor.

Kita boleh bekerjasama untuk menjayakan tawaran atau manifesto yang dirangka khas untuk rakyat negeri ini.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin serta ramai lagi yang berpandangan bahawa PRN ini adalah penentu hidup mati atau survival kerjaya politik Datuk Seri. Sejauh manakah Datuk Seri melihat ramalan itu?

Faktor penentu sama ada jangka hayat politik saya akan berakhir dalam PRN ini atau tidak adalah pengundi di DUN Hulu Kelang, bukannya parti atau mana-mana individu.

Setiap pilihan raya atau kerusi DUN mempunyai risikonya yang tersendiri. Tiada istilah kerusi selamat bagi setiap calon kerana pengundi hari ini semakin matang.

Mereka tidak boleh lagi disogok dengan wang atau ugutan kerana mereka bebas membuat keputusan dengan menetapkan beberapa kriteria untuk pertimbangan demi generasi masa depan rakyat Selangor.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan