Sila log masuk terlebih dahulu.

Zaidy mahu sambung kerja tertangguh
Artikel percuma

08 Ogos 2023 07:15am | Masa membaca: 4 minit
Zaidy Abdul Talib
Zaidy Abdul Talib
A
A
A

CALON Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer berharap diberikan peluang untuk kembali sebagai wakil rakyat di kawasan itu bagi menyambung semula kerja-kerja yang tertangguh selepas tewas pada pilihan raya lalu.

Ikuti temu bual wartawan Norafiza Jaafar bersama Zaidy Abdul Talib bagi mengetahui perancangan beliau jika diberikan mandat dan menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, 12 Ogos ini.

SINAR HARIAN: Apakah perasaan anda dicalonkan semula selepas sepenggal berehat?

ZAIDY: Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk sekali lagi berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Walaupun tidak menjadi ADUN selepas tewas pada pilihan raya lalu namun saya tetap berkhidmat tetapi dalam ruangan terhad.

Apabila turun di lapangan, penduduk kemuka banyak aduan tetapi ada perkara yang tidak dapat saya selesaikan kerana kuasa yang terbatas disebabkan tidak lagi menyandang jawatan ADUN penggal lalu. Insya-ALLAH, ini peluang untuk saya kembali berkhidmat kepada rakyat.

SINAR HARIAN: Adakah anda berpuas hati dengan prestasi penyandang ADUN Taman Templer, Mohd Sany Hamzan sebelum ini?

ZAIDY: Soal prestasi biarlah rakyat yang menilai sendiri. Pengundi cerdik untuk melihat perbezaan gerak kerja semasa saya menjadi ADUN (2013-2018) dengan Sany (2018-2023).

SINAR HARIAN: Adakah kerja tertangguh yang tidak sempat diselesaikan semasa menjadi wakil rakyat dulu akan disambung semula?

Disyorkan artikel berkaitan ini:

ZAIDY: Banyak kerja berjalan rancak semasa saya menjadi wakil rakyat namun ada antaranya yang tidak sempat diselesaikan selepas tugas saya diambil alih oleh ADUN selepas itu.

Disebabkan itu, saya terkilan dan terpanggil untuk menawarkan diri menyambung kerja berkenaan antaranya pembinaan surau Selayang Mutiara yang masih berstatus surau sementara, Dataran Ilmu yang mahu dihidupkan dengan majlis ilmu serta penyelesaian banjir fasa dua di Jalan 62 Selayang Baru.

SINAR HARIAN: Apakah perancangan dan agenda yang mahu ditumpukan di Taman Templer?

ZAIDY: Selain menumpukan aspek infrastruktur dan modal insan, saya juga mahu memastikan Tawaran PN sampai kepada penduduk Taman Templer.

Saya minta rakyat ambil masa untuk membuat ulang kaji Tawaran PN kerana ia sangat bermanfaat dan menguntungkan rakyat Selangor.

Antaranya fi lesen penjaja dikecualikan, anak muda e-hailing diberikan peruntukan khas untuk sambung belajar selain peruntukan penyelenggaraan motosikal.

SINAR HARIAN: Pandangan anda tentang PRN, adakah proses berjalan lancar dan bagaimana penerimaan pengundi Taman Templer setakat ini?

ZAIDY: Potensi kemenangan sangat tinggi berdasarkan penerimaan pengundi yang bersedia untuk membuat perubahan namun usaha selain munajat kepada ALLAH SWT tetap diteruskan sehingga hari pengundian nanti.

Undi ini bukan untuk saya tetapi bagi memudahkan saya untuk berkhidmat dan berurusan dengan agensi kerajaan.

Pengundi adalah bos dan saya seru semua keluar mengundi dan suarakan hak anda. Apabila memilih calon yang tepat, mereka akan berikan perkhidmatan yang terbaik.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan