Sila log masuk terlebih dahulu.

Badrol sumbang 'gol' di Gurun, Altimet 'berpesta' di Lembah Jaya
Artikel percuma

12 Ogos 2023 11:32pm | Masa membaca: 4 minit
Empat selebriti tempatan dari pelbagai latar belakang berjaya menempah nama di persada arena politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini mewakili kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Kedah.
Empat selebriti tempatan dari pelbagai latar belakang berjaya menempah nama di persada arena politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini mewakili kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Kedah.
A
A
A

SHAH ALAM - Empat selebriti tempatan dari pelbagai latar belakang berjaya menempah nama di persada arena politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini mewakili kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Kedah.

Antara nama menjadi tumpuan iaitu penyanyi rap, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet meraih kemenangan dengan undian sebanyak 26,298 undi di DUN Lembah Jaya atas tiket Pakatan Harapan (PH).

Pelantun lagu ‘Amboi’ dan ‘Kalau Aku Kaya’ itu menewaskan satu-satunya pesaing iaitu Ketua Penerangan Pas Ampang, Sharifah Haslizah Syed Ariffin daripada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti sebanyak 6,678 undi.

Kerusi Lembah Jaya sebelum ini disandang Timbalan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Haniza Mohamed Talha yang dahulunya bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 14,790 selepas memperoleh 22,512 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Altimet sebelum ini menyertai PKR pada bulan April tahun lalu bersama rakan artis, Datuk Afdlin Shauki sebelum memenangi jawatan Ketua Cabang PKR Ampang apabila berjaya menewaskan pelakon, Datuk Hans Isaac.

Selain Altimet, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Mohd Zamri Mohd Zainuldin yang lebih dikenali sebagai Ustaz Zamri Mantop menang dengan 15,447 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Khir Ramli yang hanya memperoleh 8,605 undi bagi kerusi DUN Sungai Burong.

Personaliti yang terkenal dengan rancangan Mari Mengaji di TV9 dan pernah muncul sebagai juri Akademi al Quran itu bagaimanapun pernah tewas di kawasan yang sama pada PRU14 lalu menentang calon BN, Datuk Mohd Shamsudin Lias.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Di Kedah, pemain legenda Harimau Malaya dan bekas kapten pasukan Hijau Kuning iaitu Muhamad Radhi Mat Din yang bertanding di atas tiket PN-Pas itu turut berjaya mengalahkan calon heavyweight, Datuk Mahfuz Omar dengan majoriti sebanyak 10,104 undi di DUN Alor Mengkudu.

Muhamad Radhi meraih 18,936 undi manakala Mahfuz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah sekadar meraih 8,832 undi.

Terdahulu, kedua-dua mereka pernah bertembung ketika PRU14 pada 2018 di kerusi Parlimen Pokok Sena yang menyaksikan kemenangan Mahfuz yang juga merupakan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).

Bagi DUN Gurun, bekas kapten Harimau Malaya dan bekas kapten pasukan Liga Super, Sabah FC, Baddrol Bakhtiar menang dengan 17,771 undi mengatasi Mohammed Firdaus Johari yang meraih 11,187 undi.

DUN Gurun sebelum ini disandang bapa Mohammed Firdaus iaitu Tan Sri Johari Abdul pada selepas meraih 10,732 undi pada PRU14, namun beliau mengosongkan kerusi itu susulan dilantik Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Disember lalu.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan