Sila log masuk terlebih dahulu.

DAP diterima pengundi Melayu urban
Artikel percuma

16 Ogos 2023 08:30am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

SHAH ALAM - Pengundi Melayu yang memberi sokongan kepada DAP dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabtu lalu datang daripada segmen pengundi urban (bandar) dan semi urban yang bersikap terbuka serta berfikiran rentas kaum.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, golongan itu memilih parti tanpa dibatasi sentimen kaum dan agama.

“Salah satu sebab mereka boleh terima DAP kerana parti itu adalah rakan dalam Pakatan Harapan (PH) dan PH pula dilihat agak toleran dengan semua kaum serta tidak terpengaruh dengan sentimen agama dan kaum.

“DAP mempunyai satu penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) wakil rakyat mereka. Lazimnya wakil rakyat DAP dianggap berjaya melaksanakan tugas mereka, sebab itu pengundi Melayu menyokong parti itu,” katanya.

Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming pada Selasa dilaporkan berkata, pencapaian cemerlang DAP menerusi PRN pada Sabtu lepas membawa mesej penerimaan pengundi Melayu terhadap parti itu yang selama ini diselubungi persepsi negatif.

DAP memenangi 46 daripada 47 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi di empat negeri iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dalam PRN lalu.

Mengulas lanjut, Pensyarah Kanan Pusat Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak UTM itu menjelaskan, segmen pengundi Melayu urban dan semi urban yang menyokong PH termasuk DAP di Selangor adalah sebanyak 31 peratus.

“Kumpulan Melayu urban dan semi urban inilah yang telah mengekalkan kerajaan PH Selangor kerana dianggarkan 40 peratus pengundi Melayu UMNO telah swing kepada Perikatan Nasional (PN).

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Di Pulau Pinang, peralihan Melayu UMNO menyebabkan PN menang 11 kerusi majoriti Melayu, tetapi di kawasan campuran, pengundi Melayu urban dan semi urban telah membantu kemenangan DAP,” ujarnya.

Tegasnya, perkara sama turut berlaku di Negeri Sembilan apabila PH dapat mengekalkan kerusi-kerusi urban dan semi urban kerana dianggarkan ada sekitar 20 hingga 25 peratus Melayu urban dan semi urban membantu kemenangan cemerlang DAP.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan