Sila log masuk terlebih dahulu.

Menanti jawapan dari SKMM yang tidak kunjung tiba

22 Jun 2021 05:53am | Masa membaca: 4 minit
SKMM diharap dapat tampil membantu rakyat yang sedang ditimpa kesusahan.
SKMM diharap dapat tampil membantu rakyat yang sedang ditimpa kesusahan.
A
A
A
BANYAK betul aduan yang sampai kepada Merak Jalanan mengenai masalah perkhidmatan sebuah syarikat telekomunikasi daripada pelanggan-pelanggan mereka.

Aduan yang diterima itu kemudian disiarkan dalam Sinar Harian bersama dengan penjelasan daripada syarikat telekomunikasi tersebut.

Ekoran daripada itu, ramai pengadu mengucapkan terima kasih dan berharap agar pihak berkuasa yang bertanggungjawab iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dapat membantu untuk menyelesaikan masalah mereka.

Tugas Sinar Harian sama macam wakil rakyat jugalah, membantu rakyat yang dalam kesusahan. Sejak dari dulu memang itulah peranan akhbar.

Maka beberapa wartawan ditugaskan untuk membuat susulan berhubung perkara tersebut dan ramai juga pegawai-pegawai SKMM yang telah dimaklumkan tentang isu yang dibawa itu.

Sejak laporan itu dibuat, terdapat beberapa insiden yang menggemparkan seluruh negara mengenai syarikat terbabit.

Sama ada ia satu suratan atau atau suatu kebetulan, kejadian yang berlaku itu benar-benar menimbul banyak persoalan.

Masa silih berganti namun sehingga kini masih tiada sebarang jawapan yang diberikan oleh SKMM yang memang ada kuasa dan bertanggungjawab penuh terhadap masalah telekomunikasi di negara ini.

Ada yang sekadar dapat blue tick tetapi ada pegawai yang menjawab mesej wartawan itu memang kita angkat topi dan ucap terima kasih.
Disyorkan artikel berkaitan ini:


Tetapi jawapan kepada rakyat memang tetap kena beri. Bukan sekadar ucap terima kasih dan akan siasat aduan yang diberikan.

Itu sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh diterima langsung.

Kita harap benarlah SKMM dapat tampil untuk jelaskan dan bantu rakyat yang sedang ditimpa kesusahan.
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Apa kata MaraFood?
  2. Serangan di Gaza demi survival politik PM Israel?
  3. Belum ada kajian makan hidangan eksotik baik untuk kesihatan
  4. Ini kapal Ahmad Albab yang punya!
  5. Apa nasib KD Mat Kilau?