[INFOGRAFIK] Taliban merupakan sebuah gerakan nasionalis Islam yang bertapak di Afghanistan bermatlamat melaksanakan peraturan Islam sepenuhnya, sekali gus mengusir penceroboh dari negara berkenaan. Gerakan yang ditubuhkan pada 1994 di... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Taliban merupakan sebuah gerakan nasionalis Islam yang bertapak di Afghanistan bermatlamat melaksanakan peraturan Islam sepenuhnya, sekali gus mengusir penceroboh dari negara berkenaan.

Gerakan yang ditubuhkan pada 1994 di wilayah Kandahar, Afghanistan itu dianggotai oleh anak muda terdiri daripada golongan pelajar yang menuntut ilmu agama di Pakistan.

Mereka telah disatukan oleh pengasasnya iaitu Mohammed Omar yang bertindak sebagai mullah atau ulamak dan ketua komander pergerakkan tersebut.

Selepas melalui beberapa siri perang saudara, gerakan tersebut akhirnya berjaya menubuhkan kerajaan Islam di Afghanistan pada 1996.

Bagaimanapun, usaha mereka itu tidak berkekalan apabila Amerika Syarikat (AS) datang menceroboh pada 2001 lalu masuk campur di dalam pentadbiran negara berkenaan.

Namun, Taliban yang bermaksud pelajar dalam bahasa Pashto tidak putus asa, sebaliknya mereka terus berjuang menentang tentera AS di bumi kelahiran mereka itu.

Akhirnya, usaha mereka membuahkan hasil apabila satu demi satu wilayah di Afghanistan berjaya ditawan semula.

Kemaraan anggotanya di segenap wilayah telah memaksa tentera AS berundur dan meninggalkan negara tersebut sepenuhnya pada 30 Ogos 2021 selepas 20 tahun menganggu gugat kedaulatannya yang telah sedia merdeka sejak 1919.

Kini, Taliban kembali berkuasa di bumi kelahiran mereka dan membentuk kerajaan baharu berpandukan sepenuhnya peraturan Islam dan undang-undang Syariah.

Kejayaan tersebut berjaya direalisasikan selepas mereka melalui empat fasa perjuangan yang getir dalam tempoh 27 tahun sejak gerakan itu ditubuhkan.

Klik di sini untuk terus membaca