Sila log masuk terlebih dahulu.

Bila dah sedap pegang duit...

06 Disember 2021 09:20am | Masa membaca: 4 minit
No Image Caption
A
A
A

BUDAK, bila dah sedap pegang duit, mereka tidak mahu pegang buku lagi dah.

Itulah apa yang berlaku kepada segelintir budak sekolah apabila mereka terjebak dengan urusan wang bertukar tangan atau dalam bahasa mudahnya, berniaga kecil-kecilan sejak negara kita dilanda Covid-19.

Sebenarnya, kita semua telah dikejutkan dengan laporan bahawa lebih 20,000 murid sekolah dikhuatiri tercicir dari alam persekolahan di seluruh negara akibat Covid-19.

Ada satu kes yang penulis sendiri ketahui, seorang murid tingkatan dua di Pulau Pinang tidak sekali pun menghadiri kelas online sepanjang tahun ini kerana telah sedap pegang duit.

Apabila guru siasat apa yang berlaku kepadanya, rakan-rakan sekelasnya memberitahu yang murid tersebut kini berniaga buah di gerai tepi jalan. Dia mula terjebak dengan perniagaan buah ini sejak musim durian lagi pada Jun lalu.

Kini, walaupun musim buah durian telah berlalu, dia masih meneruskan aktiviti menjual buah itu kerana sudah sedap memegang duit.

Pada usia ini, pegang duit memang sedap. Ini kerana dia tidak perlu gusar membayar sewa rumah kerana masih duduk dengan keluarga, dia tidak perlu bayar bil elektrik dan air juga kerana masih duduk dengan keluarga.

Dia juga tidak mempunyai tanggungan hutang dengan bank kerana masih belum miliki kenderaan sendiri dan rumah sendiri dan akhir sekali dia tidak menanggung beban sesiapa di bawah jagaannya kerana dia masih bujang.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Jadi kesimpulannya, wang upah dari hasil jualan buah yang diperolehinya setiap hari boleh dianggap sebagai hasil bersih kerana dia juga tidak membayar cukai.

Dengan wang bersih sebanyak itu, katakan upah kerja RM50 sehari, sebulan jika dia bekerja tanpa henti dia mampu memperolehi RM1,500 yang mana bagi seorang budak di bawah umur dan masih bermastautin dengan keluarga adalah satu jumlah yang banyak walaupun tidak sebesar mana.

Dengan wang tunai sebanyak itu, dia masih boleh mengisi petrol motosikal milik ayah atau abangnya yang dipinjam untuk berulang-alik ke gerai tempat dia bekerja dan masih ada baki yang banyak untuk makan tengah hari atau minum petang.

Pada sebelah malam dia makan di rumah dan tidak perlu berbelanja.

Ini semua memberi kelebihan dan ruang kepadanya untuk terus ponteng sekolah dan akhirnya akan tercicir terus dari alam persekolahan.

Tanpa ke sekolah atau menghadiri kelas online, dia tidak dibebani dengan kerja sekolah dan yang paling dia seronok ialah tidak perlu membaca dan mengulangkaji pelajaran bagi menduduki peperiksaan.

Maka dengan itu, dia menjadi sebahagian daripada ahli geng cicir sekolah yang menurut statistik terkini sudah berjumlah lebih 20,000 orang.

Inilah sebenarnya cabaran terbesar para guru dan Kementerian Pendidikan di era pasca Covid-19 ini - bagaimana menangani isu pelajar tercicir sekolah setelah sekian lama sekolah tidak dibuka.

Yang jelas ialah, kegembiraan murid yang sedang berseronok memegang duit ini hanya sementara.

Ujian sebenar mereka ialah apabila sudah meningkat dewasa dan ada keinginan untuk berumah tangga dan pada saat itulah nanti mereka akan terasa bebanan yang terpaksa mereka hadapi sebagai ketua keluarga dengan segala punca sumber pendapatan jatuh di pundak mereka.

Mereka perlu disedarkan tentang perihal ini. Tanpa ilmu pengetahuan dan tanpa sijil, kehidupan mereka tidak ke mana.

Mereka perlu tahu akan hakikat ini tapi soalnya siapakah yang berkesan untuk menasihati mereka dan bagaimana hendak menyedarkan mereka?

* Rozaid Rahman ialah Ketua Pengarang Kumpulan dan Ketua Pegawai Pengisian Sinar Harian

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Pembersihan UMNO dibimbangi jadi racun toksik
  2. Jangan biar rakyat sengsara
  3. Noh akui antara 4 MKT tidak bangun sokong usul PAU
  4. Syor baucar untuk orang kurang mampu
  5. Bank digesa bayar ganti rugi mangsa tipu TH