Sila log masuk terlebih dahulu.

PRU15: Lebuh raya sesak, adakah bakal berlaku tsunami politik?
Artikel percuma

Jangan lupa keluar mengundi esok

18 November 2022 09:58pm | Masa membaca: 4 minit
Kesesakan mula berlaku Genting Sempah ke Bukit Tinggi dan  Lentan hingga malam Jumaat. FOTO ROSLI TALIB
Kesesakan mula berlaku Genting Sempah ke Bukit Tinggi dan Lentan hingga malam Jumaat. FOTO ROSLI TALIB
A
A
A
SHAH ALAM - Penganalisis tidak menolak kemungkinan berlaku 'tsunami' politik jika lebih 80 peratus daripada 21 juta pengundi melunaskan tanggungjawab mengundi di 8,959 pusat mengundi di seluruh negara, Sabtu ini.

Pensyarah Kanan Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, beliau melihat petunjuk berlaku gelombang tsunami politik sudah ada di mana tiket pengangkutan awam termasuk bas, kapal terbang dan kereta api ke Utara, Selatan dan Pantai Timur hampir habis dijual kerana ramai pengundi pulang ke kampung halaman.

Malah, Mazlan berkata keadaan jalan utama dan lebuh raya sama ada ke Pantai Timur, Selatan dan Utara juga mengalami kesesakan yang teruk.

"Hari ini kita mendengar bahawa berlaku kesesakan yang teruk berlaku di laluan lebuh raya dan jalan utama menuju ke Pantai Timur, Utara dan Selatan tanah air.

"Ini menunjukkan ada keazaman tinggi dalam kalangan pengundi luar untuk balik ke kampung halaman masing-masing dan mengundi parti dan calon pilihan mereka.

"Fenomena ini mungkin menyebabkan peratusan keluar mengundi PRU15 melebihi 80 peratus, sekali gus memungkinkan berlakunya tsunami politik besar-besaran sekali lagi seperti terjadi pada PRU14 lalu," katanya kepada Sinar Premium.

Petugas SPR membuat pemeriksaan peti undi sebelum dibawa ke pusat mengundi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera pada Jumaat.
Petugas SPR membuat pemeriksaan peti undi sebelum dibawa ke pusat mengundi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera pada Jumaat.



Berikutan itu, Mazlan yakin peratusan keluar mengundi PRU15 akan melebihi kadar semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, sebelum ini.

"Kalau peratusan keluar mengundi PRU15 melebihi 70 peratus, sudah dikira tinggi namun, saya menjangkakan ia akan mencecah lebih 80 peratus.

Disyorkan artikel berkaitan ini:


"Ini adalah petunjuk bahawa terdapat gelombang keazaman rakyat untuk memberikan mandat kepada mana-mana gabungan parti politik yang akan mereka pilih esok (Sabtu)," katanya.

Ditanya sama ada gelombang tsunami berkenaan akan menguntungkan BN atau PH atau PN, Mazlan berkata, perkara itu sukar diramal kerana pengundi mempunyai faktor tersendiri untuk memilih parti dan calon bertanding pada PRU15 ini.
Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan