Sila log masuk terlebih dahulu.

Undilah hero rakyat
Artikel percuma

19 November 2022 07:45am | Masa membaca: 4 minit
Petugas-petugas SPR membuat pemeriksaan peti undi sebelum dibawa ke pusat mengundi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Maktab Mahmud Alor Setar pada Jumaat. - Foto Bernama
Petugas-petugas SPR membuat pemeriksaan peti undi sebelum dibawa ke pusat mengundi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Maktab Mahmud Alor Setar pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pengundi dinasihatkan untuk membuat pilihan bijak apabila mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia- #RasuahBusters, Nurhayati Nordin berkata, kesilapan memilih parti atau calon akan menyebabkan pelbagai masalah kepada negara pada masa akan datang.

“PRU15 ini adalah medan pertaruhan suara dan kepercayaan rakyat. Silap memilih kesannya akan dideritai generasi ke generasi.

“Dalam mencari hero rakyat di PRU15 kali ini, kita tidak harus hanya menilai manifesto parti pada kaca mata pembangunan fizikal semata-mata.

“Kestabilan negara bergantung penuh kepada pendekatan holistik yang meletakkan pembangunan moral, akhlak, intelektual dan emosional sebagai perubahan sistemik yang perlu berlangsung selepas pilihan raya,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, rekod lampau juga boleh digunakan oleh pengundi dalam memilih calon atau parti yang sesuai untuk mentadbir negara.

“Risiko tinggi jika salah pilih. Pemilihan kita sebagai rakyat tidak harus berdasarkan gosip, dengar cakap atau informasi yang tidak sah.

“Hindari pemimpin yang tidak jujur, rasuah, menipu dan ada kes jenayah. Fikirkan kesan kesengsaraan yang rakyat dan negara perlu hadapi jika pemimpin begini diambil.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Selain itu, calon yang ego dan tidak boleh ditegur tidak sesuai membawa mandat rakyat kerana penolakan terhadap perubahan akan meletakkan kita di takuk yang lama sedangkan arus global bergerak pantas,” ujar beliau.

Nurhayati
Nurhayati

Nurhayati turut menegaskan calon atau parti yang dipilih adalah yang bijak mencari solusi, adil dan tidak membuat keputusan atas kepentingan diri dan kroni.

“Mereka juga harus mahu berbincang dan mendengar suara rakyat, mengiktiraf kesusahan dan mengajak rakyat bangkit bersama-sama membina negara.

“Jadi, terjemahkan suara kita di peti undi. Pilih atas dasar tanggungjawab, kesedaran dan ilmu. Buktikan kita rakyat yang bernegara merdeka, matang memilih calon yang jujur dan bersih,” ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Anak-Anak Negeri (Gapan), Datuk Muzamir Mustafa pula berharap pengundi mengutamakan parti yang mampu membawa kestabilan kepada negara.

Menurutnya, parti yang dominan dapat memastikan negara tidak mengulangi situasi pemerintahan tidak menentu seperti yang berlaku selepas PRU14 lalu.

“Pengundi kena fikirkan sebuah parti yang betul-betul dominan dan tidak perlu bergabung lagi. Kita tidak mahu kerajaan memerintah sekejap tumbang dan bertukar-tukar.

“Ia akan memberi impak besar kepada negara dalam banyak perkara seperti ekonomi yang akhirnya membuatkan rakyat menderita,” katanya.



Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan