Sila log masuk terlebih dahulu.

Pengundi baharu belum terserlah
Artikel percuma

Dianggarkan hanya separuh pengundi baharu keluar mengundi pada PRU15

20 November 2022 07:30am | Masa membaca: 4 minit
Muhammad Hakimi Mohd Hafiz (kanan) yang meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-21 pada Sabtu turut mengundi buat kali pertama bersama dua abangnya, Muhammad Hamizan Mohd Hafiz, 22, (kiri) dan Muhammad Haziq Mohd Hafiz, 24, (tengah) di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Agama Kedah, Alor Setar. (Gambar kecil: Mohd Izan)
Muhammad Hakimi Mohd Hafiz (kanan) yang meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-21 pada Sabtu turut mengundi buat kali pertama bersama dua abangnya, Muhammad Hamizan Mohd Hafiz, 22, (kiri) dan Muhammad Haziq Mohd Hafiz, 24, (tengah) di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Agama Kedah, Alor Setar. (Gambar kecil: Mohd Izan)
A
A
A

SHAH ALAM - Peratusan keluar mengundi direkodkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilihat mencatatkan tahap penyertaan yang sederhana daripada kumpulan pengundi baharu.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, dianggarkan hanya separuh daripada kumpulan pengundi baharu tersebut terbabit dalam PRU kali ini.

Menurut beliau, jangkaan itu setelah mengambil kira senario bahawa kesemua individu terbabit dalam PRU14 lalu turut keluar mengundi pada PRU15.

Kalau ikut kiraan saya, kalau 70 peratus keluar mengundi, ada penambahan tiga juta pengundi keluar mengundi berbanding PRU14. Jadi ada empat juta tidak keluar mengundi.

“Jadi boleh disimpulkan separuh daripada pengundi baharu tidak keluar mengundi,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Setakat jam 4 petang Sabtu, SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi di seluruh negara adalah 70 peratus.

Kira-kira terdapat 21 juta rakyat Malaysia yang layak untuk mengundi pada PRU15.

Dalam pada itu, Izani berkata, secara umumnya, tahap penyertaan rakyat Malaysia dalam PRU15 kali ini menunjukkan perkembangan positif jika dibandingkan dengan dua Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka yang masing-masing hanya kira-kira 50 dan 60 peratus.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Beliau memberitahu, jumlah peratusan itu dilihat agak rendah berbanding PRU14 lalu juga dilihat disumbang oleh faktor pertambahan pengundi baharu yang agak signifikan pada PRU kali ini.

“Daripada 7 juta pengundi baharu itu, 5.8 juta daripadanya adalah pengundi yang didaftarkan secara automatik dan mereka selamaini memang tidak pernah mengundi dan mendaftar untuk mengundi.

“Jadi dengan pertambahan jumlah pengundi ini bermaksud sukar untuk kita mengekalkan kadar undi 82 peatus seperti PRU14,” ujarnya.

Pada masa sama, Izani berkata, faktor lain seperti keadaan cuaca termasuk kejadian bencana banjir di beberapa kawasan di dalam negara dan keupayaan ekonomi untuk pulang mengundi juga menyumbang kepada peratusan tersebut.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan