Sila log masuk terlebih dahulu.

Pengajaran daripada PRU15
Artikel percuma

27 November 2022 09:00am | Masa membaca: 4 minit
Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) yang baharu selesai memberi banyak pengajaran bermakna bukan sahaja kepada kita para pengundi tetapi juga ahli-ahli politik itu sendiri.

Misalnya, betapa kegagalan untuk memberi undi yang selesa kepada mana-mana parti politik telah membawa kepada Parlimen tergantung iaitu tiada pemenang mutlak mahupun pemenang majoriti mudah.

Akibatnya, kita telah meletakkan negara kita di ambang krisis kestabilan dan keyakinan.

Malah selepas krisis ini berjaya diselesaikan dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pilihan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, namun beliau masih perlu melalui satu lagi proses keabsahan bila Dewan Rakyat bersidang pada 19 Disember nanti.

Di situ nanti, kesemua ahli Parlimen akan mengundi untuk sama ada memberikan keabsahan kepada Anwar atau sebaliknya.

Pendek kata, suasana masih lagi rapuh selagi isu keabsahan ini tidak selesai.

Akhbar Belalang telah melaporkan bahawa setiap seorang ahli Parlimen tidak kira parti bebas membuat keputusan untuk sama ada mengundi menyokong Anwar atau sebaliknya.

Lebih 'parah' jika undi yang bakal dijalankan adalah undi sulit.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Anwar dan kerajaan perpaduan yang dipimpinnya belum lagi selamat sepenuhnya daripada ujian getir ini.

Sesungguhnya ini adalah satu pengajaran yang amat bermakna kepada kita semua para pengundi.

Jika mahukan kestabilan atau kerajaan yang stabil hanya ada satu cara sahaja iaitu pastikan parti yang menjadi pilihan memperolehi majoriti yang memadai untuk membentuk kerajaan.

Tanpa itu, tiada kerajaan yang boleh melayari bahtera selama lima tahun tanpa dibadai ombak atau ribut.

Untuk para ahli politik pula, pengajaran yang paling bermakna daripada PRU ini ialah masa kempen tu jaga-jagalah apa yang dituturkan.

Misalnya, calon-calon Pakatan Harapan (PH) bukan main ligat lagi menghentam Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai gelaran dan kata-kata yang tidak enak didengar.

Namun akhirnya, orang yang diludah inilah yang dikejar dan dirayu untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan.

Bayangkan di mana Rafizi Ramli nak letak muka apabila semasa berkempen beliau berkata, dirinya akan menjadi orang yang pertama bangun menentang jika PH mahu bekerjasama dengan BN selepas PRU.

Sekarang Belalang nak tanya, terpaksa jilat semula ludah sendiri ka?

Belalang - Cakap siang pandang-pandang...

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Pembersihan UMNO dibimbangi jadi racun toksik
  2. Jangan biar rakyat sengsara
  3. Noh akui antara 4 MKT tidak bangun sokong usul PAU
  4. Syor baucar untuk orang kurang mampu
  5. Bank digesa bayar ganti rugi mangsa tipu TH