Sila log masuk terlebih dahulu.

Krisis tak akan berakhir dengan rombak kabinet

13 Januari 2023 07:45am | Masa membaca: 4 minit
Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin (dua, kanan) menyaksikan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah (dari kiri) Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Christina Liew (Api-Api) dan Phoong Jin Zhe (Luyang) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri baharu Kerajaan Sabah di Istana Seri Kinabalu pada Rabu.
Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin (dua, kanan) menyaksikan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah (dari kiri) Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Christina Liew (Api-Api) dan Phoong Jin Zhe (Luyang) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri baharu Kerajaan Sabah di Istana Seri Kinabalu pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Krisis politik Sabah dilihat tidak akan berakhir dengan rombakan kabinet yang dibuat oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berpandangan, ia selepas BN dan UMNO kini terpecah dua dan Pakatan Harapan (PH) menyertai kerajaan Hajiji.

“Saya lihat ini akan meningkatkan intensiti politik elit yang sinonim dengan elemen kestabilan dan tidak stabil politik negeri,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Hajiji sebelum ini mengumumkan rombakan Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Sabah menyaksikan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dilantik Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri.

Kitingan menggantikan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin manakala Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam sebelum ini Timbalan Ketua Menteri III, dilantik Ketua Menteri II.


MUJIBU
MUJIBU

Tambah Mujibu, walaupun pelbagai kaedah diambil bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku, pihaknya melihat hanya terdapat dua penyelesaian.

“Pertama ialah menggunakan proses Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk undi percaya. Kedua, bagaimana elit politik berjaya membahagikan kuasa dan ganjaran yang relatif mampu memuaskan tuntutan semua pihak dalam pakatan.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Setakat ini, rombakan kabinet Hajiji memenuhi perkara kedua. Penggantian dalam kalangan BN dan kemasukan PH dalam kabinet mungkin boleh menstabilkan kerajaan Sabah dan restu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menguatkan kerajaan itu,” jelasnya.

Menyentuh mengenai kenyataan Bung yang mendakwa pelantikan dua portfolio menteri baharu termasuk Timbalan Ketua Menteri tidak mewakili UMNO dan tidak diiktiraf oleh UMNO Sabah, Mujibu melihat perkara itu sebagai sebagai isu dalaman yang perlu ditangani.

“Memandangkan sebagai kerajaan campuran dan ketiadaan mekanisme lompat parti, isu jumlah majoriti DUN selesai walaupun polemik parti timbul.

“Dengan peristiwa ini dan UMNO berhadapan pemilihan, apakah kedudukan Bung dalam UMNO Sabah juga bakal tercabar dengan kelebihan mereka yang berada dalam kerajaan dan pengaruh Bung dalam UMNO akan bertembung,” ujarnya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Formula 'segar' untuk UMNO
  2. Rahsia teknologi dalam ibadah puasa
  3. Menangani isu-isu dana politik
  4. Muda tidak cukup bagus buat PH?
  5. 'Penjara 30 tahun lebih baik'