Sila log masuk terlebih dahulu.

Menangani isu-isu dana politik

24 Mac 2023 07:25am | Masa membaca: 4 minit
Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MEWUJUDKAN Akta Pendanaan Politik (APP) adalah satu daripada agenda reformasi politik. Dalam konteks ini, ‘All Party Parliamentary Group Malaysia tentang Pendanaan Politik (APPGM-PP)’ ditubuhkan pada Parlimen ke-14.

Sekretariatnya ialah Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS). Ia dipengerusi Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari. Saya salah seorang anggotanya.

Deraf APP telah disiapkan dengan bantuan Majlis Peguam. Hajat APPGM-PP ialah membentangkannya di Parlimen sebagai Rang Undang-undang Peribadi. Ia telah diserahkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada Julai 2022. Pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pernah membincangkannya di kabinet.

Kini, APPGM-PP Parlimen Ke-15 dalam proses penubuhannya. Sementara itu, siri konsultasi tentang APP diteruskan. Antaranya, ialah Bengkel APP Peringkat Negeri Pahang di Indera Mahkota pada 18 Mac lalu dan perbincangan antara sekumpulan Ahli Parlimen PN dengan IDEAS pada 21 Mac lalu.

Konsultasi-konsultasi tersebut penting untuk menangani isu-isu pendanaan politik yang perlu diselesaikan sebelum APP dibentangkan. Iaitu, untuk mendapatkan sokongan semua pihak bagi meluluskannya, dan mengelakkan timbul isu-isu tidak diingini selepas kelulusannya.Soal-soal pokok seperti matlamat, definisi perkara-perkara asas, jenis-jenis dan had pendermaan, jenis perbelanjaan dibenarkan dan penubuhan Suruhanjaya APP telah umumnya disepakati.

Namun, terdapat beberapa isu khusus yang perlu dileraikan. Antaranya, jenis dan kaedah kutipan derma. Contohnya, sedekah yang diamalkan Pas, termasuk “Tin MILO”.

Sesiapa yang pernah bekerja dengan jentera pilihan rayanya akan mengetahui bahawa ia disumbangkan dengan ikhlas oleh ahli-ahli dan penyokongnya. Ahli-ahli dan penyokongnya selalu membawa makanan dan sebagainya ke majlis dan aktivitinya. Jenteranya tidak mengharapkan upah. Semangat kesukarelaannya tinggi. Soal berkira jenis dan jumlah derma hampir tidak wujud.

Isu lain ialah had derma dan jumlah perlu didedahkan. Ada pendapat berbeza tentang had derma yang boleh diberikan individu. Adakah RM3,000, RM10,000 atau berapa? Begitu juga jumlah perlu didedahkan.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Bagaimana pula dengan parti politik yang mempunyai yayasan dan syarikat perniagaan? Bolehkan parti menerima derma mereka? Dan soal permulaannya, adakah parti dibenarkan mempunyai yayasan dan perniagaan sedemikian?

Mekanisme menguruskan APP perlu diselaraskan. Sekiranya dikutip di banyak peringkat, iaitu ibu pejabat, negeri, bahagian dan cawangan, ia akan membebankan parti. Tetapi, sekiranya ia terlalu berpusat, ia akan menyekat pemimpin bawahan mengutip derma.

Jadi, formula seimbang perlu dicari.

APP tetap diperlukan. Untuk itu, dua perkara utama perlu disepakati semua. Pertama, ia hendaklah mengandungi perkara-perkara fundamental yang boleh memerangi rasuah, terutamanya semasa pilihan raya umum. Kedua, ia hendaklah diluluskan sebelum PRU16, dan sebaik-baiknya sebelum PRN yang lebih awal, iaitu di Sarawak dan Sabah.

* Datuk Seri Saifuddin Abdullah ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Pahang

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Terap nilai budi di Parlimen: Dr Afifi al-Akiti
  2. Syafiq sentiasa perbaiki mutu karya, tidak pernah putus asa
  3. 'Jangan mudah lupa diri'
  4. Pas dan Annuar Musa
  5. Batik Air tidak gentar hadapi persaingan