Sila log masuk terlebih dahulu.

Bahan cecair risiko tinggi kepada penghisap vape

25 Mei 2023 07:30am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada pemantauan terhadap produk rokok elektronik atau vape di negara ini membuka peluang kepada pengguna mengubah suai atau meletakkan pelbagai bahan cecair terlarang dalam peranti tersebut.

Pakar Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Sharifah Ezat Wan Puteh berkata, tidak hairanlah ia boleh mengundang kepada pelbagai risiko kecederaan termasuk kebocoran pada paru-paru.

Jelas beliau, kemudaratan penggunaan vape sepatutnya tidaklah seperti rokok yang mengandungi kira-kira 7,000 bahan kimia berbahaya.

“Di United Kingdom (UK), produk yang dikeluarkan adalah berkualiti dan dipantau oleh Agensi Kawal Selia Perubatan dan Kesihatan (MHRA). Malah, antara pengeksport utama ialah dari pengeluar Malaysia.

“Jadi, tiada isu penggunanya menghidap jangkitan pada paru-paru dan sebagainya.

“Namun lain pula di Malaysia, kita tiada pemantauan. Sebab itu pelbagai bahan berbahaya dan terlarang boleh dimasukkan secara sembarangan.

“Boleh jadi ia terdiri daripada dadah, tar, bateri kereta dan banyak lagi yang saya tidak mampu senaraikan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sharifah Ezat sehubungan itu menggesa kerajaan supaya menguatkuasakan sebuah perundangan baharu bagi mengawal selia pengeluaran produk berkenaan.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Penyakit E-cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (Evali) di Amerika pada tahun 2020 yang mencatatkan 69 kematian adalah disebabkan vape haram. Ia mengandungi bahan asing iaitu Vitamin E Acetate (VEA) yang merosakkan paru-paru penghisap,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai sepatutnya menjauhi produk sedemikian meskipun terdapat perbezaan dari segi risiko.

“Sepatutnya, paru-paru kita hanya perlu menerima udara yang bersih sahaja, tidak perlu asap lain, termasuk vape.

“Sebenarnya, penggunaan vape ini berfungsi bagi mengubati ketagihan merokok. Ia sesuai bagi perokok tegar yang sukar diubati ketagihannya.

“Vape salah satu kaedah penyelesaian yang boleh membantu mereka,” jelasnya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Terap nilai budi di Parlimen: Dr Afifi al-Akiti
  2. Syafiq sentiasa perbaiki mutu karya, tidak pernah putus asa
  3. 'Jangan mudah lupa diri'
  4. Pas dan Annuar Musa
  5. Batik Air tidak gentar hadapi persaingan