SHAH ALAM - Program Berani Semuka anjuran Sinar Harian membuktikan bahawa acara debat kini menjadi sebahagian daripada pilihan pemimpin di negara ini untuk berhujah secara ilmiah dan tertib.
Justeru Sinar Harian yang berpengalaman mengendalikan program bual bicara seperti wacana setiap minggu membuka ruang kepada mana-mana pemimpin yang berhasrat menyampaikan pandangan secara matang terutama sempena pilihan raya negeri ketika ini.
Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, Sinar Harian memiliki kemudahan fasiliti auditorium di Kompleks Karangkraf di sini sebagai venue sesi debat tersebut yang mampu menampung kapasiti sehingga 300 penonton.
“Auditorium ini dilengkapi kemudahan teknikal bagi membolehkan program ini boleh dipancarkan secara live (langsung) bagi liputan dengan lebih meluas.
“Kami bekerjasama dengan moderator berpengalaman dan mahir mengendalikan program debat seperti Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar,” katanya di sini pada Selasa.
Bagi program Berani Bersemuka, Zamri berkata, Sinar Harian telah menampilkan beberapa tokoh besar untuk berhujah mengenai isu semasa termasuk politik dan dasar kerajaan.
MEREKA YANG PERNAH TAMPIL DALAM 'BERANI SEMUKA'
14 Ogos 2020
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof vs Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.
(Tajuk: Isu Tabung Haji)
22 Oktober 2020
Exco Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin vs Exco DAPsy, Edry Faizal.
(Tajuk: Parti Baharu Buat Rakyat Lebih Berpecah?)
26 Januari 2021
Pengasas Parti Muda, Dr Thanussha FX vs Ketua Puteri UMNO Negeri Sembilan, June Artisha Mohamad Nazari.
(Tajuk: Ahli Parlimen Perlu Had Umur)
24 Februari 2021
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman vs ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.
(Tajuk: PKP, Rakyat Terabai? YB Sila Jawab)
5 Oktober 2021
Ketua Pemuda Parti Pejuang, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin vs Exco Pemuda UMNO, Muhamad Nur Aizat Noor Azam.
(Tajuk: Belanjawan 2022: Kerajaan Atau Rakyat Dapat Untung)
11 November 2021
Calon bebas DUN Ayer Molek, Ahmad Muaz Idris vs calon PKR DUN Rim, Prasant Kumar Brakasan.
(Tajuk: PRN Melaka: Muka Baharu Atau Kitar Semula?)
29 Disember 2021
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd Rafiq Abdullah vs ADUN Permatang Pasir, Faiz Fadzil.
(Tajuk: Bencana Alam: Adakah Malaysia Bersedia?)
13 Januari 2022
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki vs Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.
(Tajuk: KWSP: Lega Sekarang, Susah Kemudian?)
7 Mac 2022
Calon Muda DUN Larkin, Rasid Abu Bakar dan calon Pejuang DUN Layang, Ahmad Said.
(Tajuk: Anak Muda Pilih Siapa)
11 Mei 2022
Dua calon jawatan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli.
(Tajuk: Siapa Layak Bersama Anwar?)
12 Mei 2022
Debat Perdana Datuk Seri Najib Razak vs Datuk Seri Anwar Ibrahim
(Tajuk: Kerjasama Sinar Harian dengan tiga lagi media)
23 Jun 2022
Exco PuterI UMNO, Fadwah Anuar vs Setiausaha Agung Muda, Amira Aisya Abd Aziz
(Tajuk: Khemah Besar: Realiti Atau Fantasi?)
26 September 2022
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii vs Jawatan Kuasa Tertinggi Pusat DAP, Howard Lee Chuan Hau.
(Tajuk: Solo atau Gabung Parti: Rakyat Dapat Apa?)