Mula melanggan Sinar Premium pada 4 Januari untuk 12 bulan dengan harga RM66.20, Mior Ahmad Khushairi Mohd Zahari, 46, terpilih menjadi pemenang minggu ke-10 sekali gus meraih wang tunai bernilai RM2,500.
Mior Ahmad Khushairi yang pada awalnya menyangka kemenangan itu adalah sekadar scam berkata, dia melanggan portal berita Sinar Premium kerana berasa amat tertarik dengan penyampaian berita, artikel dan laporan yang bersifat neutral dan telus.
"Tidak seperti kebanyakan portal berita lain yang adakala memaparkan berita yang tidak seimbang dan memihak kepada satu pihak sahaja, saya lihat Sinar Premium lebih telus dalam laporannya.
"Bermula dari akhbar Sinar Harian dan kini saya melanggan portal Sinar Premium." - Mior Ahmad Khushairi
"Saya seorang yang sayangkan negara dan saya percaya kita perlu membaca berita yang ditulis secara jujur dan seimbang," katanya yang meminati segmen berita politik dan isu semasa.
Pensyarah Kejuruteraan Kimia dari Universiti Malaysia Pahang itu turut mengakui telah lama menjadi pembaca tegar Sinar Harian dan kini telah terpikat dengan Sinar Premium.
"Bermula dari akhbar Sinar Harian dan kini saya melanggan portal Sinar Premium, saya rasa amat berbaloi sekali dapat membaca banyak berita berkualiti dengan bayaran yang murah," katanya.
Anak kelahiran Batu Gajah Perak itu juga secara jujur mengakui akan terus melanggan Sinar Premium dengan wang kemenangannya.