[MULTIMEDIA] Dalam tempoh kurang satu jam, calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Mohd Rafizi Ramli akan bersemuka secara langsung bagi membincangkan isu berkaitan wadah politik disertai.
Intelek mereka akan diuji dalam pentas 'Berani Semuka' yang dibawakan oleh Sinar Harian pada jam 3 petang ini.
Program yang disiarkan secara langsung melalui platform digital Sinar Harian itu diadakan bersempena dengan Pemilihan PKR 2022.
Program bertajuk "Siapa Layak Bersama Anwar?” itu dijangka akan menyaksikan kedua-duanya membincangkan strategi baharu, hala tuju dan masa depan PKR.
Semoga pertemuan dua mata secara langsung antara Saifuddin Nasution dan Rafizi mampu mencambah ilmu yang baik kepada semua.
Sebelum itu, kita lihat dahulu latar belakang kedua-dua figura penting PKR itu menerusi pelbagai aspek termasuk karier politik masing-masing.
Klik di sini untuk terus membaca